Monday, 30 April 2018

15 Panduan Pemakanan Sihat | Madame

Assalamualaikum,
Di sini madam kongsikan 15 panduan pemakanan sihat agar dapat menjadi garis panduan kita bersama dalam memilih menu makanan seharian. Ingatlah, pemakanan yang sihat menjamin kesihatan diri yang lebih baik. ๐Ÿ˜‰

Panduan pemakanan sihat

1. Makan pelbagai jenis makanan mengikut keperluan kalori yang disarankan.

2. Kekalkan berat badan yang sesuai dengan ketinggian anda.

3. Lakukan aktiviti fizikal secara berkala setiap hari.

4. Makan nasi dan produk bijirin lain secukupnya. (utamakan bijirin penuh) serta ubi-ubian.

5. Utamakan makanan yang :

  • lebih serat, sayuran dan buah-buahan
  • tinggi serat (wholemeal)
  • kurang lemak, minyak dan garam

6. Makan 2 sajian buah-buahan dan 3 sajian sayur-sayuran setiap hari. Pilih buah-buahan dan sayuran yang segar.

7. Makan ikan, daging, telur, kekacang dan bijian secara sederhana.

8.Ambil susu dan produk tenusu secukupnya. Utamakan penggunaan susu rendah lemak untuk membancuh kopi/teh.

9. Hadkan pengambilan makanan yang tinggi kandungan lemak dan minyak. Pilih jenis masakan seperti rebus, panggang, kukus dan bakar.

10. Kurangkan pengambilan garam, serbuk asam/ petis, kicap, belacan, budu dan sos. Pilih dan sediakan makanan yang kurang kandungan garam dan jenis-jenis sos.

11. Kurangkan pengambilan air/ air gula/ krimer manis dalam minuman anda. 1 sudu teh (5gm) gula sudah cukup untuk secawan minuman (200ml).

12. Minum 6-8 gelas air setiap hari. Utamakan air kosong setiap waktu makan.

13. Pilih makanan dengan saiz hidangan lebih kecil.

14. Pilih makanan dan minuman yang bersih dan selamat.

15. Elakkan makanan yang mengandungi pewarna tiruan.

Sumber : Jabatan Kesihatan Negeri Melaka

Salam sayang dari MADAMe,
Azwani Aziz
Continue Reading

Thursday, 26 April 2018

Betulkah susu drop (merudum) sebab ibu minum kopi? | Madame

Susu drop Ibu menyusu minum kopi

Assalammualaikum,

Siapa peminat kopi di sini? Minum kopi 'o' panas2, cicah pulak dengan roti empat segi, wallahh..memang nikmat sungguh bagi ibu2 semasa berpantang. Inilah salah satu minuman kegemaran madam waktu berpantang tau!๐Ÿ˜‰

Hirup kopi o panas2 memang menyegarkan! Maklumla berpantang ni kalau tidak betul menjaganya, lemau, letih, lesu la jawabnya.

Mungkin kopi baik untuk berpantang, tapi bagaimana kalau untuk ibu menyusu?

Elokkah?

Tidakkah susu merudum?

Baby tidak mahu tidur nanti?

hihi. Sebenarnya, memang benar terdapat bahan aktif di dalam kopi iaitu kafein yang boleh disalurkan kepada bayi melalui susu ibu. 

Tetapi, 

Ibu jangan khuatir kerana kandungan yang tersalur ke dalam susu ibu hanya 0.06%-1.5% sahaja dari apa yang dikesan di dalam darah ibu. Sedikit sangat dan TIDAK memberi kesan pun kepada bayi yang sihat dan normal.

Merujuk kepada buku teks Breastfeeding and Human Lactation (2010), tiada kesan kepada degupan jantung dan tempoh tidur bayi walaupun ibu meminum lima cawan kopi selama lima hari berturut-turut. LIMA cawan kopi kot. Straight 5 hari pula tu. Lega tak ibu-ibu menyusu yang peminat kopi tegar? hihihi.

Tapi, fakta ini hanya terpakai pada bayi yang normal dan cukup bulan sahaja tau. 

Persatuan Pediatrik Amerika (AAP) juga membenarkan pengambilan kopi atau kafein semasa menyusukan anak. Pengambilan kafein kurang 300mg sehari (lebih kurang 3 cawan kopi bergantung pada kandungan kafein) tidak mendatangkan sebarang kemudaratan kepada bayi yang menyusu susu ibu.

Namun begitu, ibu yang meminum kopi lebih daripada tiga cawan sehari, kandungan zat besi di dalam susu ibu mungkin berkurangan. Ini berlaku terutamanya pada minggu-minggu awal penyusuan ibu. (Membesarkan Anak Hebat dengan Susu Ibu, Dr Faridah Idris, MBBs, IBCLC, (2013)).

Apapun, sebaiknya ibu minumlah kopi secara sederhana. Besederhana kan itu lebih baik?

Susu merudum akibat minum kopi? Bukankah susu hanya merudum jika konsep demand and supply tidak dipenuhi? Tidak berkaitan langsung dengan pak kopi. hihi

Setuju tak?

Salam sayang dari Madame,
Azwani Aziz

Continue Reading

Wednesday, 25 April 2018

Fresh Laundry : Sabun pencuci pakaian organik, selamat dan berkesan | Madame

Assalamualaikum,
Selain makanan tambahan, Shaklee turut ada produk penjagaan rumah yang organik, bersih dan selamat. Haruman pakaian yang segar dan bersih membuatkan kita berasa gembira. Bayangkan bau semulajadi pakaian dan kain anda harum serta kelihatan bersih dan segar. Gunakan Fresh Laundry Shaklee!

Fresh laundry Shaklee, sabun pencuci organik

KELEBIHAN :

  • Bahan semulajadi : Agen pembersih diperoleh daripada kelapa, pembuih semulajadi dan garam mineral
  • Prestasi berkuasa : Membersih lebih banyak pakaian menggunakan serbuk yang sedikit dengan pembersih enzim aktif
  • Bijak untuk dompet anda : 1 kotak kecil 2.5kg membasuh hingga 88 muatan
  • Sesuai untuk semua fabrik agar yang putih kekal putih dan pakaian berwarna masih berseri disamping menghalang pindahan warna kepada pakaian lain.

KEISTIMEWAAN SHAKLEE:

1. SELAMAT
  • Tidak bertoksik
  • Tanpa pewangi 
  • Lembut pada tangan
  • Tanpa klorin - tiada ruam dan iritasi
  • pH seimbang

2. BERKESAN
  • Sangat pekat
  • Hanya sedikit diperlukan, hanya 2 sudu besar untuk melembut satu muatan sederhana basuhan
  • Boleh digunakan untuk semua suhu, malah dengan air sejuk

3. MESRA ALAM
  • Bahan-bahan daripada sumber semulajadi
  • Surfektan terbiodegradasi - mengurai kepada hasil buangan yang ditemui pada alam sekitar
  • Tanpa fosfat, borat dan nitrat - tidak menyebabkan ketidakseimbangan ekosistem
  • Selamat untuk sistem septik - tidak membentuk mendapan

Harga retail : RM 88.78

Wasap madam untuk konsultasi dan harga terbaik okeh!



Salam sayang dari Madame,
Azwani Aziz
Continue Reading

Tuesday, 24 April 2018

Kulit Berjerawat dan Menggerutu Pulih menjadi Cantik Berseri | Madame

Assalammualaikum,
Masalah jerawat melata di atas muka korang menyebabkan muka menggerutu. Masalah jerawat dan parut di muka sering menghantui wanita yang mementingkan kecantikan. Ia selalu memberi kesan negatif terhadap keyakinan diri. Betul tak?

Jom madam kongsikan pengalaman sahabat yang mempunyai masalah yang sama. Moga bermanfaat ya!๐Ÿ˜˜
-------------------------

Kisah shaklee saya.

Muka menggerutu dan berjerawat pulih menjadi cantik berseri


Bukan setakat mimpi ngeri dah. tengok muka sendiri kat cermin pun rasa nak muntah. stress sebab muka memang jenis tak berjerawat langsung dari sekolah. Seketul dua tu ada la time period.

Bukan beli produk local yang 5 in 1 tu tau. bukan krim timbang kilo, tapi beli dekat store dia. raza punya la terang bagai nak rak kata kulit muka saya sensitif + kalau ada bau memang tak boleh.

Harga dia boleh tahan jugak la RM1++. lepas pakai 3 hari kulit rasa gelap. pakai lagi sampai nak masuk 2 minggu. Masa ni muka dah macam kena bakar. raza stop terus pakai.

jerawat mula muncul penuh satu muka, tak surut surut jadinya. macam² tenyeh kat muka. kunyit, tomato, timun aloevera semua tu tak jalan.

last sekali baru teringat shaklee๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚ ambik esp + pencuci n toner enfuselle. sambil tenyeh HB sama.

lama jugak la nak baik lepas tu tambah vitamin c dalam masa 6 bulan macam ru jugak la baru nak baik muka. masa ni ramai yang perasan muka makin elok. kulit tak megerutu lagi.

rasa serik sangat dah. sebab kulit muka jadi macam ni la raza join buat bisnes. padahal tahun 2014 lagi dah jadi ahli.

esp & vit c ni memang konsisten.  bukan nak cantik je. berat pun turun jugak. ๐Ÿ˜œ๐Ÿ˜œ

Kredit: Raza Aziz

Wasap madam untuk konsultasi terbaik okeh!๐Ÿ˜‰

Salam sayang dari Madame,
Azwani Aziz
Continue Reading

Monday, 23 April 2018

HB Rendah : Kesan dan Bahaya kepada Ibu Hamil dan Bayi | Madame


HB rendah semasa hamil
Assalamualaikum,

Ibu2 selepas disahkan hamil, mesti akan ke klinik untuk buka buku pink kan. Antara yang utama nurse akan check adalah paras HB darah. Kalau bacaan HB rendah iaitu kurang dari 11, terus dicatit dengan pen merah.

Maka bermula la adegan asyik kena jumpa doktor ja untuk cek kenapa HB rendah. Doktor akan cadangkan obimin atau iberet. Kalau tak berkesan jugak, up dose lak. Kalau bacaan HB masih menurun, kena buat pulak ujian zat besi untuk tengok  kandungan feritin dalam darah. Next, kalau tak ok jugak, buat pulak HB analisis untuk cek talasemia.huhu..

Memang letih asyik ulang gi klinik ja, amik darah dan jumpa doktor. Tau tak kenapa HB normal penting sangat semasa mengandung?
.
.
๐Ÿ’–Zat Besi

Ibu hamil biasanya akan menjalani ujian darah yang akan menunjukkan sama ada kandungan zat besi dalam badan mencukupi ataupun tidak. Jika kandungan zat besi ibu hamil rendah, suplemen zat besi perlu diambil. Ini disebabkan jumlah darah dalam badan ibu semakin bertambah bagi menyokong tumbesaran bayi dalam kandungan. Badan akan menggunakan zat besi yang tersimpan dalam badan sekiranya ibu kurang mengambilnya dalam diet. Akibatnya, penyimpanan zat besi dalam badan akan berkurang dan boleh membawa kepada anemia.

Risiko kelahiran pramatang dapat dikurangkan dengan pengambilan zat besi. Selain itu, pengumpulan zat besi dalam badan juga penting kerana ibu akan kehilangan banyak darah semasa melahirkan. Bayi yang bakal lahir juga mempunyai simpanan zat besi dalam badan mereka. Zat besi ini berasal daripada darah ibunya melalui uri dan boleh bertahan sehingga 4 bulan.

Biasanya, jika ibu mengambil zat besi lebih daripada kuantiti yang disyorkan iaitu 30mg, ia boleh mengganggu saluran pencernaan seperti mengalami sembelit yang dialami oleh kebanyakan ibu hamil, loya ataupun cirit-birit. Suplemen kesihatan dengan kandungan zat besi dalam kuantiti 30mg atau kurang biasanya tidak memberikan sebarang masalah berkaitan.

Ibu hamil disyorkan berbincang dengan doktor berkaitan ketidakselesaan yang dialami. Sekiranya ibu hamil tidak mengalami anemia, terdapat pilihan untuk bertukar kepada suplemen kesihatan dengan kandungan zat besi yang lebih rendah. Walau bagaimanapun, bagi ibu hamil yang mengalami anemia dan tiada pilihan untuk bertukar kepada suplemen lain, disyorkan untuk minum jus prun ataupun mengambil buah-buahan dengan lebih kerap bagi mengatasi masalah sembelit.

Sumber makanan terbaik yang mengandungi zat besi adalah seperti daging merah, kismis, kurma, kekacang dan sayur-sayuran.
.
.
Apakah Bacaan HB Normal bagi Orang Dewasa serta Ibu Mengandung?

Paras hb seseorang dikira dalam unit g/dL (gram per deciliter). Paras normal hemoglobin bagi wanita adalah di antara 11.5 - 16.5g/dL manakala lelaki adalah 12.5 - 18.5g/dL. Manakala bacaan hb yang normal bagi ibu mengandung ialah pada julat : 11-12 g/dl (gram per deciliter).
.
.
Apakah Punca Bacaan HB yg Rendah?

Kurang zat besi/ folate/ vitamin B12
Pendarahan
Kanser
Penyakit buah pinggang/ hati
Hypothyroidism
Thalassemia

Apakah Risiko Ibu Mengandung yg Mempunyai Bacaan HB yg Rendah?

Apabila paras hemoglobin tidak mencukupi, seseorang itu berisiko untuk mendapat anemia. Apabila sel darah merah yang matang dan membawa oksigen semakin berkurangan, di sinilah serangan anemia bermula. Anemia secara umumnya akan menyebabkan seseorang mudah pitam, lesu, kurang cerdas dan cergas, mudah letih serta cepat mengantuk. Manakala bagi ibu mengandung, bacaan hb yg rendah boleh mengakibatkan risiko-risiko berikut:
.
.
Kesan kepada ibu:

๐ŸšบIbu boleh pitam atau mudah pitam/pengsan
๐ŸšบMengalami keguguran
๐ŸšบMengalami kegagalan jantung
๐ŸšบPendarahan semasa mengandung dan bersalin
๐ŸšบRisiko alami penyakit berjangkit
.
.
Kesan kepada bayi dalam kandungan:

๐ŸšผIntrauterine growth restriction (IUGR) atau Pertumbuhan janin terbantut
๐ŸšผLahir sebagai premature atau tidak cukup bulan
๐ŸšผBerat bayi yang lahir kurang 2.5kg
๐ŸšผAnak lemas semasa lahir atau Asphyxia
๐ŸšผMati ketika dilahirkan atau stillbirth


Ibu2 boleh amalkan vitamin tertua di dunia, sejak 1915 iaitu multivitamin Vita-Lea Iron Formula untuk mengekalkan paras HB darah.๐Ÿ‘๐Ÿ‘๐Ÿ‘

Boleh wasap madam untuk konsultasi ya!๐Ÿ˜‰

Salam sayang dari Madame,
Azwani Aziz
Continue Reading

Sunday, 22 April 2018

Detox Cara Shaklee : Berat turun 17kg! | Madame

Assalammualaikum,
Madam nak berkongsi kisah sahabat yang berjaya turunkan berat 17kg dalam masa 2 bulan, hasil konsisten Set Detox Shaklee.๐Ÿ’ช
--------------------------

*KISAH SAYA BERSAMA SHAKLEE*


Sebelum saya kenal produk shaklee,dah bermacam-macam jenis produk cuba. Orang cakap produk A bagus. Saya beli. Orang cakap B elok. Saya beli. Tapi masalah BERAT BADAN saya belum ada jalan penyudahnya๐Ÿ˜ญ. Sedih ketika tu.
.
Sebelum berhenti kerja. Berat saya tak la begitu menonjol. TAPIIII... lepas saya masuk bidang makanan. Alamak!!! BERAT BADAN terus melonjak dengan jayanya.๐Ÿ˜‚
.
Mula tu tak perasan sangat yang badan saya mula naik. Makin hari badan MENBELON, TAPAK KAKI MULA SAKIT, BELAKANG MULA SAKIT, SELERA MAKAN MULA MEMBUAK-BUAK, JALAN SIKIT MULA RASA MENGAH,PEHA SUKA MELECIT.
.
Satu hari kenal rapat saya tegur, "AKU TENGOK BADAN KO DAH GEMUK MACAM GAJAH,SELERA KO DAH MACAM ORANG BELA SAKA 2 EKOR" kuat betul ko makan sekarang.
.
Bila orang kata kita macam tu mula hati rasa SENTAP. Terguris hatiku masa tu. Mungkin korang tak kisah apa yang orang cakap,tapi bagi saya. Saya kisah dengan semua tu. Mula rasa rendah diri time tu. Tak dak keyakinan diri nak berdepan dengan orang.๐Ÿ˜”
.
Masalah demi masalah kesihatan yang saya terima. Time raya BAJU YANG LAWA TAK BOLEH PAKAI. Hanya tengok saja. Seluar tiap-tiap minggu kena tukar sebab CEPAT KOYAK CELAH PEHA.
.
Di sini saya nak kongsikan sikit APAKAH PUNCA & SEBAB MENGAPA BADAN BOLEH GEMOK??

๐Ÿ’Š *TENAGA YANG TAK SEIMBANG DALAM BADAN.*
๐Ÿ’Š *GAYA HIDUP YANG KURANG AKTIF*
๐Ÿ’Š *GENETIK & FAKTOR KELUARGA*
๐Ÿ’Š *FAKTOR KESIHATAN*
๐Ÿ’Š *UBAT- UBATAN*
๐Ÿ’Š *FAKTOR EMOSI*
๐Ÿ’Š *MEROKOK*
๐Ÿ’Š *UMUR*
๐Ÿ’Š  *HAMIL*
๐Ÿ’Š *KURANG TIDUR*


Hehehehe... serba sedikit perkongsian ilmu untuk hampa semua.

Alhamdulillah, dengan asbab konsisten & effect #SETDETOX selama 2 bulan. Hasilnya sangat WOW๐Ÿ˜„.

Saya BERJAYA turunkan berat sebanyak 17kg dalam masa 2 bulan saya DETOX.

Bermula rutin pengambilan #setdetox pada awal pagi sebelum sarapan cik yah dah bancuh ESP  untuk tenaga tambahan.

Ternyata minum ESP kenyang di sampai ke petang.

Kadang cik yah selang seli dengan CINCH. CINCH ternyata best sebab dia bina segala otot-otot cik yah gelebeh jadi lebih hit& fit.

Bila time makan, cik yah ambik LECITHIN & OMEGA 3biji dulu untuk bantu memecahkan dan membakar lemak yang dah tak di usik bertahun lamanya.๐Ÿ˜‚

Lepas makan cik yah tak lupa ambik ALFALFA 10 biji & 3 biji HERB-LAX.

Time nak balik keja PEPPERMINT-GINGER 3 biji untuk buang angin dalam badan.

Bila bangun pagi tak payah nak tunggu lama dalam toilet. Bangun ja terus cari toilet dulu. Ringan badan bila kita detox buang toksin dalam badan.

Masalah seluar tak muat, shoping setiap miggu tak lagi menghantui diri saya. SYOKNYA DETOX bersama shaklee.

Sekarang saya masih lagi detox. Sebab bagi kesihatan kunci dan nikmat yang tak ternilai dengan WANG.

*TIPS BUAT YANG MASIH BERDETOX OR BELUM DETOX & YANG NAK DETOX*

๐Ÿ€Jangan berlapar
๐Ÿ€Minum segelas air sebelum makan
๐Ÿ€Minum 8 gelas air kosong setiap hari
๐Ÿ€Elakkan minuman manis  & berkarbonat
๐Ÿ€Kurangkan garam & gula dalam masakan
๐Ÿ€Jangan skip sarapan pagi
๐Ÿ€Makan dengan perlahan-lahan sehingga lumat
๐Ÿ€Makan kerap tapi sedikit
๐Ÿ€Sentiasa lakukan "PUSH UP" dalam 3x seminggu

CHANGER!! MULAI HARI NI KITA MESTI UBAH CARA PERMAKANAN YANG LEBIH BAIK !!๐Ÿ˜

Detox mengubah diri saya yang malu. Dan kini sangat yakin pada diri.

Kredit : siti salmiah salleh

Korang ada masalah berat badan, boleh wasap madam untuk konsultasi dan pilihan produk terbaik okeh!

Salam sayang dari Madame,
Azwani Aziz
Continue Reading

Thursday, 19 April 2018

Masalah Tiroid Pencetusnya! | Madame

DR. ARIANA DAHLIA ADA MASALAH TIROID KE?

Sorry ya. Ni sebenarnya Dr. Siti Nur al Enzzahti.

Beliau alami masalah bengkak tiroid. Konflik juga la dengan supplemen pun pada mulanya, tambahan pula beliau kan doktor!. Tapi, Alhamdulillah, setelah beliau ambik keputusan fahami produk, percaya dan yakin, lalu bertawakkal kepada Allah, akhirnya kesihatan beliau makin baik.

Betullah. Makan produk apa pun, dengan hati yang berbelah bahagi, x yakin dengan kebaikan dan keberkesanannya, consume segelen pun, kadang tak berkesan, ok. Sebab keyakinan dan gerak hati kita seumpama doa yang kita sebut-sebut dan sematkan dalam hati. Sebab tu kena bersangka baik. ok back to track, petang ni saya nak kongsikan luahan Dr Siti tentang diri beliau dengan tiroid disertai bisnes yang success, teruja untuk berkongsi dan membantu tingkatkan kesihatan orang lain pula!

*tq mami saya bawakan cerita ni :-)

Masalah tiroid pulih


------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
PERJALANAN YANG TAKKAN AKU SESALI

Ramai yang tanya saya, kenapa saya buat bisnes sampai tahap macamni sekali?
.
.
Tahap macam mana??tahap sampai tahap yg saya sendiri pun tak jangka..sape sangka dalam 4 bulan, tibe2 saya ade company yang bonusnya sampai 5 angka?
.
.
Saya x pernah cerita sebelum ni kan?tentang perjalanan dramatik saya dalam shaklee sejak saya join 4 bulan lepas..tp nak bg warning dulu lah, cite ni agak panjang dan boleh menitiskan air mata kalau anda berjiwa halus..haha..bleh test jiwa masing2 pasni�
.
.
Asalnye sy join shaklee sebab nak beli vivix promo je,bukan niat nk berbisnes pun..kenapa?padahal, dah lama kut duk tengok kawan2 duk iklan dalam fb,tapi tak terasa nak beli pun..sebab saya ade sejarah hitam dgn shaklee..Dulu, tahun 2012 saya dah pernah join..tapi semua vitamin yg saya beli kini dah expired tak berusik! Minuman protein saya baru minum 4 scoop,itupun setelah berdrama air mata nak minum,sebab xsedap!berketul2..tapi sebab bila fikir harga dia yg RM100 lebih tu, paksa jgk diri minum..masuk kali ke3, saya muntah�
.
.
Bukan sebab mengandung ok�
Tapi sebab sgt tak boleh diterima tekak saya..oleh sebab rasa tertipu,saya buang setong minuman protein tu,lenyap dari hidup saya..
.
.
Sehingga..30 April 2016, saya dapat hidayah..tiba2 rasa macam nak cuba polifenol setelah baca status Ratu Magnet Polifenol merangkap sekarang ni mak sy dlm Shaklee ni Hasniza Yusoff dialah yg byk bersabar kembalikan semula keyakinan saya masa tu utk cuba shaklee semula, sanggup bersengkang mata layan soalan saya mcm2 sebab tak nak tertipu lagi dgn shaklee..akhirnya,saya terbuka hati,sy cuba vivix.. kenapa vivix?
.
.
Ramai masa tu tak tahu pun yang saya ni ade bengkak thyroid termasuklah Has sendiri..jadi kami pun berkongsi kisah yg sama sebab Has pun mengalami masalah bengkak thyroid juga..tp, bezanya sy& Has,thyroid saya beberapa bln sebelum tu makin membesar, dah sampai tahap menekan salur pernafasan& pemakanan..bayangkan saya terpaksa kunyah perlahan2 mknn saya biar betul halus,baru boleh telan..kadang2, tersedak juga..sakit�
.
.
Kadang2, saya sukar nak bernafas..terutamanya bila tidur..saya jadi tiba2 terbatuk2,pernafasan macam tersekat2..tapi saya x pernah nk bgtau orang sekeliling saya kecuali suami saya..tapi saya masih berlagak steady depan dia sebab tak nak dia risau..�
.
.
Saya pun cuba ambil Polifenol sebagai ikhtiar, dalam masa sama, saya teruskan ubat yg doktor pakar tu bagi dalam dos yg sama..sehinggalah pada satu hari,dlm bulan May 2016, setelah 2 minggu saya cuba Polifenol, saya nekad..saya request nak buat MRI scan..dlm masa sama,saya nk tgk jugakla betul ke Polifenol ni berkesan utk kecutkan thyroid..so appointment untuk MRI scan dibuat urgent..
.
.
Dipendekkan cerita, result MRI saya xbegitu baik..bengkak thyroid saya semakin membesar, hampir 55mm membesar ke belakang sehingga menyebabkan salur pemakanan & pernafasan saya makin sempit & teralih..masa tu terketar2 tangan saya bile baca result MRI tu..rasa tertipu betul beli vivix, sekali lg saya rasa Shaklee ni cuma bisnes yg nak kaut keuntungan semata-mata..air mata toksah cite la,memang dah banjir..terbayang2 wajah parent saya,suami, Faitah & Aleesya..rasa macam sempat lagi ke utk saya buat mnde


yg saya simpan dlm hati utk saya buat di kemudian hari..lama saya "banjir" dalam kereta..akhirnya saya tekan pedal minyak, saya ikut je mana kereta saya nk pegi masa tu..memang tak tahu mana hala saya pergi masuk keluar KL, Subang, Damansara, Shah Alam, masuk KL balik..kosong rasa..
.
.
Sampai satu saat, saya terjaga..ish, aku kena bangkit, aku tak boleh mengalah..Allah uji aku dengan ujian yg aku rasakan berat, mesti Allah ade nak bagi aku hadiah yang sgt2 best kat aku ni..
.
.
Jadi, daripada saat tu, saya bangkit..saya cabar diri sendiri, takkanla saya boleh tertipu dua kali dengan Shaklee ni..saya kaji ape itu Polifenol..saya baca research, saya baca jurnal, saya baca blog, saya kaji company Shaklee..akhirnya saya dapat jawapan sebenar..saya yg salah sebenarnya..dulu saya yg tak belajar macam mana nk minum Protein Soya dgn cara yg betul sehingga jadi ketagih pulak kt Protein Soya sekarang ni� dan saya yg salah sebab terburu-buru nak thyroid saya ni mengecut tanpa study dulu ape fungsi Polifenol ni dlm badan saya..sehingga akhirnya, saya decide..whatever happen, i'll give my trust to shaklee and i will go further with it!�
.
.
Bertitik tolak dari situ, saya jadi seorang yg sgt positif..dah tak fikir tentang penyakit saya, yang tu kuasa Allah nak sembuhkan, yang penting aku usaha..sama konsep dgn shaklee, aku cuba usaha buat yg terbaik..fokus 200%, keluar dari sifat saya yg malu nk berniaga..mula keluar dari zon selesa..dan alhamdulillah, hujung May 2016, dengan bantuan team yg sgt supportive, saya berjaya closing dengan jayanya, naik setangga ke ranking seterusnya!�
.
.
Dan nak tau ape yg lagi buat saya rasa bersyukur& Allah tu Maha Kaya?bukan setakat side income, yang tu tak payah cite lah, nnt org ingat saya berniaga ni sebab nk duit plk kan..ape yg buat saya lg yakin dgn pilihan yg Allah detikkan dlm hati ni adalah, masuk bulan ketiga saya try Polifenol ni dengan compliance pada dos ubat yg sama yg doktor pakar saya syorkan, bengkak thyroid saya semakin mengecil!!!patutla saya sekarang dah bleh makan dengan selesa tanpa tercekik, tido pun selesa dah tak terjaga2 lagi..memang betulla beribu2 kajian yg menunjukkan khasiat anggur dalam Polifenol tu boleh kecutkan cyst!!..MasyaAllah, Subhanallah, Allah Maha Kaya..syukur bukan kepalang lagi saya masa tu..hormon pun dah balance semula..sekarangni tgh tunggu keputusan dari Hospital Putrajaya tengah bulan ni samada walaupun sudah mengecil, masih perlu buat pembedahan ataupun tidak..tapi kalau ditakdirkan perlu buat pembedahan pun, saya akur..kalau itu keputusan yg terbaik kan?�
.
.
Tapi yang saya nak cite, bukan tentang perubahan bengkak thyroid saya yg makin mengecil sahaja..saya nk cerita yg sy sendiri terasa bagaikan di dunia yg berbeza, saya macam jadi orang yg berbeza..lebih positif, lebih optimis, lebih bersemangat, lebih berkeyakinan..tambah2 bile ramai betul feedback daripada org yg beli shaklee dari saya, semuanya positif!Ya Allah..ini rupanya nikmat rasa bahagia apabila kita membahagiakan orang lain..saya jadi makin positif,sehingga tiada ruang utk memikirkan hal-hal remeh temeh atau negative..tak caya?cubalah sendiri�
.
.
Melalui bisnes, saya dapat ramai sahabat baru, yg tak pernah ade kaitan dlm hidup saya, tapi kini siang malam memenuhi hidup saya..melalui bisnes juga, Allah buka pula pintu rezeki bisnes yg lain, cita-cita saya & suami nak buka syarikat & mempunyai beberapa anak syarikat dan salah satu nye adlh klinik tercapai..melalui bisnes juga, saya lebih menghargai masa yg saya ada..walaupun sedetik, sgt berharga bg saya..melalui bisnes ini juga, saya jadi lebih banyak bergantung harap padaNya..saya jadi takut andainya saya ada terbuat dosa2 kecil yang saya terlepas pandang, bimbang rezeki saya dihijab oleh dosa2 saya..
.
.
Mungkin ini lah hikmahNya..Allah bagi aku ujian, utk aku bangkit dari ujian tu dan kembali padaNya..kalau lah aku tidak diuji, mungkin aku kini masih tak sedar yg aku sebelum ni berada di zon yg sgt selesa,sehingga aku bleh lupa&alpa akan kenikmatan dunia..terima kasih Ya Allah..terima kasih sahabat2 yg bawa aku sehingga ke tahap ini..Alhamdulillah, bulan August yg lepas,


aku mendaki sehingga langkau ranking dari supervisor terus ke coordinator!dalam 4 bulan! kata orang, belum lagi ada yg pegang rekod tu..mungkin anak2 didikku pula yg bakal memecahkan rekod tu�
.
.
Sebab tu, ingin ku bawa lebih ramai lg bersama2 ku,cari push factor anda, cari BIG WHY anda, dan corakkan bisnes ini mengikut acuan masing2

*********************************************************************************


*Kesan penggunaan adalah berbeza mengikut individu
*Produk-produk ini tidak bertujuan untuk membuat diagnosis, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit.
* Ini adalah iklan produk suplemen


Salam Sayang dari Madame,

Azwani Aziz


Continue Reading

Wednesday, 18 April 2018

Shaklee Effect : Tiroid Pulih dengan Polifenol dan Resveraterol | Madame

Assalamualaikum,

Masalah tiroid menghantui diri anda?

Masalah tiroid mengganggu kehidupan anda?

Meh madam kongsikan kisah Shuhada yang pulih dari masalah tiroid. Moga dapat membantu korang yang ada masalah yang sama dengan beliau.

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Kisah Shaklee Shuhada

Masalah tiroid pulih


Kisah shaklee saya bermula bila saya mencari suplemen untuk masalah thyroid dan juga cepat letih.

Saya ada masalah thyroid ni sejak dari sekolah menengah lagi. Berat badan susah sangat nak naik dan mudah letih.

Jadi ex-classmate saya masa sekolah dulu dan juga merangkap leader sy sekarang, Latifah yang suggest untuk cuba Polifenol dan Resveraterol Shaklee.

Jadi saya beli dan konsisten minum Polifenol dan Resveraterol pagi dan malam selama beberapa bulan.

Dalam tempoh ni, berat badan naik sikit tak banyak pun, 2kg ja. Tapi seronok dah sebab sebelum ni berat sokmo maintain ja, dak pun menurun.

Paling best masa pi jumpa doktor untuk follow up thyroid, doktor cakap bengkak thyroid dah takda. Rasa seronok masa tu taktau nak habaq macam mana.

Alhamdulillah, syukur sangat dengan izin Allah dah tak ada masalah tu lagi sekarang ni.

Lagi satu bila minum Polifenol dan Resveraterol setiap hari badan rasa lebih bertenaga dan tak mudah letih. Kalau tak, balik sekolah mesti rasa letih sangat2 dan rasa nak tidur ja.

Syukur sangat sebab jumpa suplemen shaklee ni. Banyak bantu dari segi kesihatan. Bukan untuk diri sendiri malah untuk mak dan ayah di kampung.

Ayah saya ada tekanan darah tinggi, pernah bacaan tekanan darah tu sampai 180. Lepas tu saya bagi Polifenol dan Resveraterol, omega dan garlic untuk ayah. Alhamdulillah tekanan darah makin turun hingga 138.

Alhamdulillah,

Berkat doa dan ikhtiar, Allah yang beri kesembuhan.

Rasa jatuh cinta dengan produk shaklee dan hingga sekarang saya masih amalkan suplemen shaklee. 

Shaklee best! 

--------------------------------------------------

Salam sayang dari Madame, 
Azwani Aziz
Continue Reading

Saturday, 14 April 2018

Tips Mudah Menyusu bagi Ibu Bekerjaya | Madame

Assalammualaikum!
Kebanyakan mommies masa kini punyai kesedaran tinggi untuk menyusukan anak sehingga 2 tahun. Kebanyakan mommies jugak sekarang adalah ibu yang bekerjaya. Jadi, harini madam hendak kongsikan satu Tips Cepat dan Mudah untuk Ibu bekerjaya bagi memudahkan dan menjayakan penyusuan susu ibu.

Tips mudah menyusu bagi ibu bekerjaya


TIDAK PERLU setiap kali selepas mengepam,  kita basuh peralatan perang (corong pam susu dan aksesori) tu.

Eh, betul ke??

Iya. Yes!

Ini kerana, susu ibu kan mengandungi anti bakteria yang dapat membunuh kuman. Pendapat ini turut dipersetujui oleh beberapa pakar laktasi tau.

Mary Rose Tully, Pengarah Perkhidmatan Laktasi di North Carolina Women and Children's Hospitals juga bersetuju dengan fakta yang menyatakan susu ibu mampu menghalang perkembangan bakteria. Tetapi, tidak dapat diketahui apa yang akan terjadi sekiranya susu itu sudah kering.

Jadi, lepas mengepam, boleh terus simpan dalam bekas bertutup.

Digalakkan juga untuk lap dengan tisu dan kemudian tutup bekas tadi. Selepas itu, boleh simpan dalam peti sejuk di bahagian chiller. Suhu yang rendah penting untuk elakkan kuman membiak.

Mudahkan?๐Ÿ˜‰

 Siapa cakap menyusukan anak ni tugas renyah dan leceh??

Kredit: Page FB Cerita Mama

==========================

Betul tak betul ye mommies ๐Ÿ˜˜

Madam ucapkan selamat menjayakan penyusuan sehingga anak berusia 2 tahun ya! Semoga Allah permudahkan urusan mommies demi kesihatan diri mommies dan ank2. Mommies nak cari milkbooster yang berkesan, wasap madam okeh!๐Ÿ˜‰
Konsultasi percuma tapi terbaikkk madam bagi.๐Ÿ‘

Salam sayang dari Madame,
Azwani Aziz


Continue Reading

Friday, 13 April 2018

Antioksidan vs Radikal Bebas | Madame

Assalammualaikum,
Korang mesti selalu dengar kan antioksidan dan radikal bebas? Tapi, pernah tahu tak apa maksudnya tu yek.๐Ÿค”๐Ÿค”๐Ÿค”

Jom baca penerangan jelas dari Dr Norman.

Antioksidan dan radikal bebas


MEMAHAMI ANTI OKSIDAN

Adakah anda tahu bagaimana anti oksidan menjalankan fungsinya dalam tubuh kita? Apakah jenis anti oksidan yang sesuai untuk kita. Disini saya akan cuba memberi penerangan secara ringkas tentang anti oksidan dan kelebihannya kepada tubuh kita untuk menjadikan kita sihat dan awet muda.

Apakah anti oksidan?

Antioxidan adalah kumpulan molekul yang boleh menghalang pengoksidaan molekul yang lain. Tubuh kita secara semulajadi mengalirkan pelbagai jenis nutrien ke seluruh tubuh dengan mengikut pengaliran darah kita.  Begitu jugalah anti oksidan bergerak ke seluruh tubuh kita. Nutrien di perlukan oleh tubuh kita untuk menghasilkan anti oksidan enzim yang membantu mengawal reaksi berantai radikal bebas dalam tubuh kita.

Sesetengah anti oksidan dihasilkan oleh tubuh kita dan sesetengah perlu kita ambil melalui makanan dan minuman kita. Secara umunya semakin seseorang berusia, maka penghasilan anti oksidan akan menurun. Anti oksidan amat penting fungsinya untuk kesihatan kita dan juga ia menentukan berapa cepat proses penuaan berlaku.


Faedah kesihatan Anti Oksidan : Bagaimana ia mencegah kerosakan akibat radikal bebas.

Untuk kita memahami tentang anti oksidan kita perlu memahami apa itu radikal bebas. Ahli sains yang mula mengkaji tentang radikal bebas adalah Dr Denham Harman pada tahun 1954 semasa melakukan kajian tentang proses penuaan.

Radikal bebas adalah metabolit yang bersifat reaktif yang terhasil secara semulajadi dalam tubuh akibat proses metabolisma dan penghasilan tenaga yang normal. Radikal bebas terhasil daripada tindakbalas tubuh kepada toksin persekitaran seperti merokok, cahaya matahari terik, bahan kimia, radiasi kosmik dan radiasi buatan manusia. Tubuh kita juga menghasilkan radikal bebas apabila kita bersenam dan apabila berlakunya keradangan atau inflammasi dalm tubuh kita.

Radikal bebas adalah molekul yang kehilangan satu atau lebih elektron yang mana elektron ini bertanggungjawab kepada proses oksidasi biologi. Molekul yang tidak sempurna ini menyerang secara agresif molekul yang lain untuk mengganti semula elektron yang ia kehilangan. Reaksi ini di panggil sebagai proses ‘oksidasi’. Proses oksidasi biologi di gelar sebagai ‘pengaratan biologi’ iaitu proses akibat berlebihan oksigen dalam tisu tubuh.

Radikal bebas mencuri elektron daripada protin dalam tubuh dan ini menyebabkan kerosakan kepada DNA dan struktur-struktur sel yang lainnya. Ia menyebabkan proses ‘berantai’ iaitu molekul yang kehilangan elektron ini akan mencuri elektron dari molekul lain dan menyebabkan molekul lain menjadi radikal bebas pula akibat kehilangan elektronnya. Ia menjadi satu kerosakan berantai dan akhirnya menyebabkan kerosakan yang lebih besar.

Radikal bebas selalunya berkumpul pada lapisan membran sel (peroksidasi lipid) yang menyebabkan sel-sel lemak lebih mudah mengalami kerosakan oksidatif. Apabila ia berlaku, membran sel menjadi lemah dan mudah bocor menyebabkan sel-sel ini rosak dan mati.
Radikal bebas juga merosakkan DNA dengan mengganggu proses duplikasi DNA, mengganggu proses kawalselia DNA dan merosakkan struktur asas DNA. Oleh kerana itu radikal bebas dikaitkan dengan hampir 60 jenis penyakit kronik seperti kanser, penyakit Parkinson, penyakit Alzheimer, katarak, atherosklerosis dan sebagainya.

Punca radikal bebas yang merosakkan DNA


Jika tubuh kita tidak mempunyai perlindungan yang secukupnya daripada anti oksidan maka radikal bebas akan menjadi tidak terkawal menyebabkan gangguan fungsi sel dan metabolisma tubuh. Kerosakan sel akan menyebabkan kerosakan tisu dan organ menyebabkan risiko tinggi mendapat pelbagai penyakit.

Disinilah datangnya kepentingan mengambil secukupnya anti oksidan dan mempunyai sistem pertahanan anti oksidan tubuh yang optimum. Anti oksidan adalah penderma elektron kepada radikal bebas oleh itu menstabilkan radikal bebas dan menghentikan rantaian kerosakan akibat serangan radikal bebas tanpa ia bertukar menjadi radikal bebas.

Anti oksidan adalah cara tubuh kita di cipta untuk memberikan tubuh kita sistem pertahanan menentang serangan radikal bebas oleh spesis oksigen reaktif (ROS). Selagi tubuh kita mempunyai cukup zat-zat surih (mikronutrien) yang secukupnya maka tubuh kita boleh menghasilkan secukupnya anti oksidan untuk melawan serangan radikal bebas akibat pendedahan kepada pencemaran. Jika anda tidak mempunyai anti oksidan yang optimum maka tubuh kita akan mengalami tekanan oksidatif yang menyebabkan kerosakan yang cepat tisu dan organ tubuh kita.

Terdapat banyak kajian yang telah menunjukkan kelebihan anti oksidan yang menjaga kesihatan yang baik dan mengurangkan risiko penyakit jantung, Parkinson, Alzheimer dan kanser. Anti oksidan juga akan melambatkan proses penuaan dan amat penting untuk kesihatan kulit anda dan membantu awet muda.
.
.
.
Kelebihan lain anti oksidan termasuklah :

1. Membaiki molekul rosak – terdapat sesetengah anti oksidan yang unik boleh membantu memperbaiki molekul rosak dengan mendermakan atom hidrogen. Ia sangat penting terutamanya molekul tersebut adalah sangat penting seperti molekul DNA dalam sel-sel kita.

2. Menghalang produksi radikal metal – sesetengah anti oksidan mempunyai sifat ‘chelation’ atau mengeluarkan logam berat seperti raksa (merkuri), arsenik, plumbum dan sebagainya yang boleh menyebabkan penghasilan radikal bebas. Logam berat ini akan ‘memeluk’ radikal bebas dengan kuat dan menghalang sebarang tindakan anti oksidan keatasnya. Bahan agen ‘chelation’ juga akan mengeluarkan logam berat melalui air kencing.   

3. Stimulasi ekpresi gen dan produksi anti oksidan dalaman (endogenous) – terdapat sesetengah anti oksidan boleh membuat stimulasi gen tubuh dan meningkatkan perlindungan semulajadi tubuh.

4. Memberikan ‘kesan perisai’ – terdapat jenis anti oksidan seperti ‘flavonoid’ bertindak seperti perisai dengan melekat kepada DNA sel dan melindungi DNA daripada serangan radikal bebas.

5. Menggalakkan sel-sel kanser untuk ‘membunuh diri’ – sesetengah anti oksidan akan menghasilkan bahan kimia yang menghalang pertumbuhan sel-sel kanser dan juga memaksa sel-sel kanser untuk ‘membunuh diri’.
.
.
Didalam buku ‘The Antioxidants’, Dr Richard A. Passwater telah menulis bahawa manusia mempunyai umur yang panjang berbanding dengan haiwan secara nisbahnya kerana manusia mengambil makanan daripada sumber tumbuhan dan haiwan (omnivorous) yang kaya dengan anti oksidan. Tubuh manusia juga menghasilkan anti oksidan enzim yang tidak dijumpai dalam makhluk haiwan yang lain.

Manusia perlu mengambil pelbagai jenis anti oksidan daripada pelbagai sumber untuk menjaga kesihatan tubuh secara umumnya.

Kredit: DR NORMAN MOHD NORAWI
MBBS(Man), MSc(UCSI), FAGE (MAHE)

====================================
Shaklee turut mempunyai suplemen antioksidan yang tinggi. Untuk maklumat lanjut, wasap madam okeh!

Salam sayang dari Madame,
Azwani Aziz

Continue Reading

Tuesday, 10 April 2018

Shaklee Effect : Set Menyusu @ Set Lepas Bersalin | Madame

Kisah Shaklee Saya
================

Set menyusu Shaklee


Ini anak comel ke-4 saya, Raja Asyraf. Anak yang menemukan saya dan Shaklee ๐Ÿ˜Š

Tahun 2011, saya ibu kepada 4 orang anak. Kisah shaklee saya bermula semasa saya berpantang anak ke4

Saya ada sejarah terlibat dengan kemalangan pada tahun 2001. Tulang peha patah dua dan sehingga kini ada metal plating yang asalnya menyokong Tulang utama kaki saya untuk pulih

Bahagian peha Kanan kadang-kadang lenguh dan Sakit.

Lepas bersalin, memang rasa sakit sikit bahagian kaki. Dan penatnya menguruskan 4 anak, rumah tangga lagi, menyusu lagi, tak dapatlah saya nak gambarkan

Sehingga berat saya menyusut dan susu ibu yang dihasilkan tak memberangsangkan

Cair, sikit dan tak cukup pun

Sampailah satu hari masa saya scroll FB, saya ternampak iklan SET MENYUSU SHAKLEE

Apa tu Shaklee pun tak kenal. Tapi Sebab yang menjual tu kawan saya, saya rasa nak cuba

Tak perlu tunggu seminggu, lepas 2 hari, saya pelik Bila rasa badan cergas. Tak pernah cergas macam ni. Susu perahan (EBM) bukan saja semakin banyak, tapi lebih pekat. Seronoknya!

Lenguh, sakit badan, letih dan terjelepuk penat macam kain buruk, tak ada lagi saya alami. Alhamdulillah!

Benarlah, kualiti dan kuantiti susu ibu sangat bergantung kepada keadaan kesihatan ibu.

Syukur sangat jumpa Shaklee. Apa lagi yang lebih bernilai daripada tubuh yang sihat dan menjadi ibu yang ceria

Sehingga sekarang, saya masih setia dengan rutin suplemen Shaklee Sebab saya percaya pentingnya peranan ibu dalam keluarga, dan saya terus berkongsi kehebatan Shaklee Ini dengan ramai ibu-ibu untuk mereka menjadi ibu yang sihat dan hebat

“To the world we are mothers, but to our family, we are the world”

Jom Shaklee !

==============
Korang perlukan bantuan dalam penyusuan, wasap madam okeh!๐Ÿ˜‰


Salam sayang dari Madame,
Azwani Aziz
Continue Reading

Monday, 9 April 2018

4 Jenis Trauma Ibu Hamil | Madame

Assalammualaikum semua,

Madam kini hamil 30minggu. Jadi madam nak kongsi hari ni berkaitan trauma ibu hamil. Kehamilan merupakan suatu yang dinantikan oleh setiap insan yang bergelar ibu. Janin yang semakin hari semakin membesar di dalam rahim seorang ibu membawa perubahan hormon serta perubahan lain kepada si ibu sehingga sesetengah perubahan membawa kepada ketakutan atau trauma. 4 jenis trauma yang dimaksudkan ialah:

Trauma ibu hamil


1) Kekejangan kaki
Kaki kejang semasa hamil bagaikan suatu kemestian. Hal ini berlaku kerana semasa hamil, Kalsium diperlukan oleh kandungan untuk membesar dan membentuk tulang dan gigi. Kekurangan kalsium melalui makanan dan minuman yang diambil oleh ibu semasa hamil menyebabkan kalsium tersebut ‘dicuri’ oleh anak dalam kandungan untuk tumbesaran bayi. Dan dengan sebab itulah  ibu-ibu sering mengalami kekejangan kaki sewaktu pagi terutama di pagi hari yang sejuk. Seeloknya ibu-ibu memakai stokin untuk mengurangkan kekejangan kaki selain mengambil sumber Kalsium yang lebih.

2) Sembelit
Antara mimpi ngeri ibu-ibu hamil ialah sembelit semasa hamil. Sembelit yang dialami biasanya disebabkan oleh pengambilan tablet zat besi (Iron) yang diambil untuk menaikkan bacaan Hb (hemoglobin) agar bayi tidak terkena anemia. Pengambilan zat besi menyebabkan sembelit kerana hanya sebahagian sampai ke pembuluh darah, manakala yang lebihnya pergi ke sistem pencernaan kita dan menyebabkan najis menjadi keras. Namun kesan sampingannya ialah menyebabkan ibu-ibu sembelit. Berada lama di dalam tandas dalam keadaan meneran dengan sakit bukanlah satu pilihan yang baik dibuat oleh ibu-ibu hamil.

3) Buasir
Apabila menghadapi sembelit, pastinya kebarangkalian untuk mendapat buasir bukan suatu yang mustahil. Hal ini kerana najis yang telah lama berada di dalam usus besar tidak dibuang disebabkan trauma kesakitan meneran sehingga menyebabkan ia ‘keluar’ dari tempatnya dan malah lebih parah menyebabkan pendarahan yang kita kenali sebagai buasir. Apabila terkena buasir, mimpi menjadi semakin ngeri untuk ke tandas malah juga untuk duduk di kerusi disebabkan kesakitan yang dialami.

4) Cepat letih dan mengantuk
Kehamilan melibatkan dua individu, iaitu tumbesaran bayi dalam kandungan dan ibu yang membawa bayinya dalam kandungan. Sepanjang kehamilan, terutamanya dalam trimester pertama, badan anda bekerja dengan lebih kuat. Pada waktu ini, badan anda sedang dalam proses membuat uri (plasenta) yang merupakan satu sistem sokongan hayat bagi bayi anda. Proses ini hanya akan selesai pada akhir trimester pertama. Tahap hormon dan metabolisme anda juga sedang berubah dengan pesat, manakala gula dalam darah serta tekanan darah mungkin akan menurun. Kesemua ini menyebabkan anda menjadi terlalu letih.
.
.
Pengambilan suplemen multivitamin Vitalea Iron Formula dan Ostematrix membantu ibu-bu hamil untuk mengatasi keempat-empat trauma ini.

Vitalea diambil waktu siang sebanyak dua biji selepas sarapan manakala Ostematrix diambil sewaktu malam sebelum tidur. Keesokan paginya, ibu-ibu akan bangun dalam keadaan segar dan bersemangat kerana tiada lagi masalah kekejangan kaki.

Vitalea mengandungi zat besi yang diperlukan oleh ibu-ibu hamil dan dalam masa yang sama tidak menyebabkan ibu-ibu sembelit semasa membuang, malah bacaan hemoglobin semasa hamil juga akan kekal pada bacaan yang normal bagi ibu-ibu mengandung. Selain itu, Vitalea turut memberi ibu-ibu tenaga untuk aktiviti harian sepanjang hari. Insya allah ibu-ibu tidak lagi penat melepek di sepanjang kehamilan.

Untuk konsultasi percuma, wasap madam okeh!๐Ÿ˜‰

Salam sayang dari Madame,
Azwani Aziz

Continue Reading

Sunday, 8 April 2018

10 Tanda Gastrik yang Kronik | Madame

Assalammualaikum semua,
Penah tak anda mengalami gastrik yang kronik atau gastrik yang teruk. Rasa sakit perut pedih dan menyucuk? Asyik muntah dan cirit-birit. Nak kerja..nak makan pun tak selesa. Ketahui tanda gastrik yang kronik ini. Kadangkala, sesetengah orang tak tahu pun yang diri sendiri mengalami gastrik ini.

Gastrik shaklee


10 Tanda Gastrik Yang Anda Perlu Tahu
.
.
1. Sakit perut pada bahagian atas perut atau abdomen
2. Rasa senak, berangin atau pedih.
3. Rasa tidak selesa dan kembung
4. Sendawa berulang kali
5. Kerap kentut selepas makan
6. Rasa mual atau loya dan muntah
7. Berat badan turun (peringkat kronik)
8. Najis berwarna hitam seperti tar dan muntah yang mengandungi darah (peringkat kronik)
9. Hilang selera makan
10. Berat badan turun (pada peringkat teruk)
.
.
.
BAGAIMANA MENCEGAH GASTRIK?
Kenapa cari petua hilangkan gastrik bila sudah ada tanda gastrik? Bukankah lebih baik mencegah dari mengubati? Tidak perlu tunggu tanda gastrik baru tergesa-gesa mencari penawar.

Berikut adalah cara mencegah gastrik:
1. Makan mengikut waktu
2. Elakkan makanan ringan, jeruk kering atau basah.
3. Elakkan minuman bergas dan alkohol.
4. Elakkan cuka dan makanan pedas-pedas.
.
.
Moga bermanfaat ya!

Wasap madam untuk keterangan lanjut bagi mengatasi gastrik ni. Madam ada formula khas tau๐Ÿ˜‰

Salam sayang dari Madame,
Azwani Aziz๐Ÿ˜˜

Continue Reading

Saturday, 7 April 2018

Kesan buruk makanan ringan : Anak ialah Apa yang Mereka Makan | Madame

Assalammualaikum,
Ibu bapa yang ada anak kecil, jika anak-anak masih bersih daripada makanan dan minuman tidak berkhasiat, JANGAN SESEKALI DEDAHKAN mereka dengan makanan dan minuman perosak itu. Makanan ringan memberi kesan buruk kepada anak-anak.

Kesan buruk makanan ringan kepada anak-anak

+ Jangan sesekali MEMULAKAN memberikan jajan, keropok, aiskrim
+ Jangan sesekali MEMULAKAN memberikan air-air manis

+ BILA DAH MULA sekali, akan ada kali kedua, ketiga keempat dan seterusnya.

+ Pergi kedai jangan biasakan diri membeli jajan untuk anak-anak. Mereka akan meminta-minta lagi dikemudian hari

+ Kawal pemakanan anak-anak dari segi pengambilan kalori, gula dan sebagainya
.
.
Anak kami dah biasa makan dan minum, macam mana nak buat ye?

Nasihat madam,

+ Mulakan dengan KURANGKAN minuman dan makanan manis untuk anak-anak khususnya minuman coklat. Sebab apa coklat sahaja?.

+ Sebab jarang anak-anak minum neskepe, teh dan kopi.

+ Majoriti dirumah ada minuman coklat bukan? Dan Coklat yang dijual di pasaran banyak yang mengandungi kandungan gula yang tinggi.
.
.
Maka kurangkan dahulu. Jangan terus tak bagi sebab anak-anak akan memberontak kerana minuman manis telah sebati dengan diri mereka.

Ikuti pula dengan kurangkan pengambilan, minuman bergas, bergula, dan bersusu pekat (selain susu segar)
.
.
Kemudian boleh ikut perlahan-lahan asingkan jajan, aiskrim dan gula.

+ Amik masa sikit. Takpe. Ikut pepatah omputih, "Better late than never"

+ Terangkan pada mereka makanan dan minuman itu tak elok untuk kesihatan.

+ Tunjukkan kesan-kesan buruk yang terjadi pada diri mereka seperti gigi yang rosak, badan gemuk dan sebagainya

+ ULANG
+ ULANG
+ ULANG

+  ULANG-ULANG Nasihat anak-anak. Jangan putus asa

+ Lepas dan perlahan-lahan berjaya kurangkan, perlahan-lahan tarik pula. Lama-lama anda boleh ucap bye bye pada makanan dan minuman tersebut

+ Bila dah berjaya, JANGAN sesekali dibawa masuk dalam rumah tayang depan anak.

+ Mak ayah nak makan jangan makan depan anak. Pandai-pandai simpan.

Kami tahu ramai ibu bapa memberikan anak-anak kecil mereka minuman malt coklat Mi*o.
.
.
+ Tahukah anda minuman malt coklat Mi*o tidak dibenarkan untuk diminum oleh anak-anak prasekolah (majoriti umur 5-6 tahun)? Ini bukan rekaan. Pekerja lori Mi*o sendiri menyatakan minuman ini tidak boleh diminum oleh murid-murid prasekolah semasa mereka datang kat sekolah. Katanya nak minum juga itu tanggungjawab cikgu prasekolah yer...

+ Tapi kita dirumah masih menyajikan minuman tersebut untuk anak-anak kecil. Malah ada yang siap membawa bekal.

+ Coklat-coklat lain pun sama. KURANGKAN

+ Coklat memang memberikan tenaga, sesuai untuk orang yang mahu kekal aktif.

+ Tetapi dalam masa sama ia mengandungi gula yang tinggi. Kerana hakikatnya Koko Asli tidak semanis air coklat yang telah diproses

+ Mungkin OK untuk orang dewasa, tidak ok untuk anak-anak kecil.
.
.
BERINGATLAH

+ Elok makanan yang anda beri, maka eloklah perkembangan tubuh dan minda mereka

+ Tak elok makanan yang anda beri, meranalah mereka

Apa yang mereka makan mempengaruhi diri mereka

+ Jangan tanya kenapa anak-anak anda susah masuk belajar

+ Malas
+ Degil
+ Hiperaktif

Badan risiko

+ Gemuk
+ Kencing manis
+ atau lain-lain penyakit di usia muda

+ Tepuk dada, tanya diri sendiri makanan apa yang anda beri pada mereka sejak kecil.

Jagalah kesihatan mereka semasa kecil ni. Kesian woo anak bila dah bersekolah nanti badan dah obes, belajar pun susah masuk, degil,  takut2 dibahan..hurm..

Jiran-jiran, mak pak sedara, atau sapa2 yang baca tolonglah JANGAN BAGI ANAK-ANAK KAMI atau ANAK ORANG LAIN gula-gula, jajan apa benda tu semua. Kami nak tolak tak sampai ati. huhu

Sumber : Ibu Bapa Prihatin


Dapatkan suplemen semulajadi untuk anak-anak, khas dari Shaklee.

Salam sayang dari Madame,

Azwani Aziz
ID 1264241
019-4207668
Continue Reading

Friday, 6 April 2018

10 Tips Mudah Bersalin | Madame

Assalammualaikum,
Mommy punya due tak lama lagi? Mesti seriau dok fikir apa yang bakal terjadi kat dalam bilik bersalin nanti kan? Di sini madam share 10 tips untuk memudahkan bersalin. Moga bermanfaat ๐Ÿ‘‡๐Ÿป๐Ÿ‘‡๐Ÿป๐Ÿ‘‡

Tips mudah bersalin


1. Sentiasa basahkan lidah dengan selawat, zikir dan doa Nabi Yunus (La ilaha illa anta subhanaka inni kuntu minaz zhalimin).
.
2. Setiap kali sakit contraction cuba tenangkan fikiran. Jangan fikir kesakitan tu sangat. Tarik nafas panjang2 dan hembus perlahan. Try to be positive. Kalau boleh gurau-gurau senyum ketawa dengan suami, bidan dan doktor.
.
3. Minta maaf dengan suami dan mak yang melahirkan kita. Minta mereka doakan kita.
.
4. Bila tiba time nak teran, kumpul segala tenaga yang ada. Tarik nafas sedalam yang boleh dan teran macam nak buang air besar yang sakit sembelit teruk.
.
5. Hanya teran bila kita rasa sakit. Jangan terus teran kalau tak sakit, nanti akan menyebabkan koyak besar.
.
6. Jangan hembus nafas masa meneran. Curi nafas pun curi laju-laju. Kalau boleh teran, terus teran habis-habisan selama mana yang boleh (kalau banyak kali sangat nanti hilang tenaga).
.
7. Dagu cecah ke dada dan mata pandang kat perut. Pastikan mata terbuka. (Mata yang tertutup dikhuatiri boleh menyebabkan buta disebabkan urat yang banyak terputus).
.
8. Kedua-dua tangan pegang kaki atau handle/pemegang katil. (Nak pegang tangan suami memang tak dapat lah. Tu pasal suami yang kene usap dan pegang tangan isteri sebagai sumber kekuatan. Mujarab tau ni!)
.
9. Teran tanpa suara dan mulut tertutup. Jangan menjerit atau menangis sebab ianya akan hilangkan tenaga.
.
10. Jangan sesekali angkat punggung.
.
.

Pssst, mommy yang dah nak dekat due tu boleh dah practise. Goodluck ya. ๐Ÿ˜‰

Due madam 15 June ni. Sekarang da almost 30minggu. Sama2 doakan mommy semua dan anak yang bakal dilahirkan selamat dan dipermudahkan segala urusan. Aaaminnn yra. ๐Ÿ˜˜

P/s: Tambahan tips special dari madam. Berdasarkan pengalaman madam sendiri ni tau. Masa bersalin anak ke-3, madam amalkan kerap telan Ostematrix mulai sakit contraction. Alhamdulillah, proses bersalin lebih cepat. Madam rasa lebih bertenaga. Boleh baca di sini ya๐Ÿ˜‰

Nak sembang lebih lanjut, wasap madam okeh! Kita sharing ๐Ÿ˜˜

Salam sayang dari Madame,
Azwani Aziz


Continue Reading

Tuesday, 3 April 2018

Promosi Shaklee bulan April 2018 | Madame

Assalammualaikum, 
Nak tau tak apa promosi Shaklee bulan April ni? Best sangat tau korang! Promosi ESP (Energizing Soy Protein) bertepatan sangat dengan bulan Ramadhan yang bakal diraikan tak lama lagi.๐Ÿ˜

Promosi Shaklee bulan April 2018

Minuman soya non-GMO ni memberi tenaga segera. Ia mengenyangkan. Jadi, pengambilan makanan berat lain dapat dikurangkan. Maka, boleh membantu menurunkan berat badan korang๐Ÿ˜˜

Protein membina sel-sel baru. Jadi, kulit lebih anjal, gebusss dan flawless jika diamalkan secara konsisten ๐Ÿ‘

Esp shaklee

Salam sayang dari Madame,

Untuk keterangan lanjut, tekan link message, madam terus okeh!๐Ÿ˜˜



Continue Reading