Friday, 22 June 2018

7 Langkah Mengatasi Bentan Bengkak Susu | Madame

Ibu berpantang, lebih-lebih lagi yang berniat nak fully breastfeeding baby, wajib baca posting ni.

Lecithin untuk masalah bengkak susu
Madam sharing dari Sahabat yang bernama Ain. Jemput baca ya!😉

************************

Sebenarnya, hari ni Alhamdulillah ain baru sihat dari bentan bengkak susu yang maha dasyat. Bentan yang memang ditakuti setiap ibu berpantang. Kalau boleh tak nak ingat, tapi nak juga share story ni buat pengajaran kaum ibu.

Ingat tak beberapa hari lalu ain beriya-iya sangat nak seller shaklee COD Lecithin kt rumah? Time tu ain taip post tu dalam keadaan menahan sakit bentan bengkak susu tu lah.. 😅

Al-kisahnya di hari raya yg mulia, mak buat lontong. Tengahari tu, Ain ambil kuah je buat makan dengan nasi. Sayur-sayur kat dalam tu macam kacang panjang dan lain-lain memang langsung ain tak ambil.

Bila masuk je senja, tetiba ada sejalur urat kat dada ni mengeras. Urat bengkak, terasa membakar dan membahang. Berdenyut-denyut.

Sah, memang dah bentan urat ni.. Suspek dari air rebusan kacang panjang dalam kuah lontong mak buat. Aduh trauma nak makan lontong lepas ni.

Ya Allah tuhan je yang tahu betapa sakitnya.

Sambil menahan sakit tu, sambil mengalir air mata, sambil tu meng gugel apa resepi nak hilangkan bengkak ni. Terlalu banyak petua yang ain jumpa. Cuma yang ain nak share ni, memang step by step yang ain sendiri buat dan menjadi.. Alhamdulillah sangat-sangat.

1. Mandi air suam. Lalukan air suam hangat-hangat menggigit tu kat kawasan bengkak susu tu. Sambil tu tekan-tekanlah bagi lembut.

2. Telan Shaklee Lecithin 3 biji dengan air suam. Fungsi Lecithin ni adalah untuk membantu memecahkan dan mencairkan lemak-lemak dalam susu ibu. Jadi susu yang tersumbat tadi akan dipecahkan dan bengkak susu pun hilang.

3. Makan nasi dan minum air suam. Lepas tu, telan paracetamol yang dibekalkan oleh doktor, sesuai untuk ibu yang menyusukan baby. Kenapa kena telan paracetamol? Supaya boleh buat step no. 5 tanpa air mata kesakitan.

4. Ambil tuala, rendam dalam air suam. Tuam lebih lama kat tempat bengkak dan seluruh dada.

5. Sambil tuam tu, sambil tu urut dan tekan bahagian bengkak tu bagi lembut. Part ni memang sakit sikit, tapi akan lagi sakit kalau tak telan paracetamol. Time ni, susu yang membeku mula keluar perlahan-lahan.

6. Sambil tu perah susu sekali. Pastikan badan dalam keadaan panas. Kipas buka paling slow je. Kalau dah jadi sejuk, tuam semula. Ulang step 4-6 sampai dada tu dah kurang bengkaknya.

7. Bagi baby untuk menyusu. Lagi kerap baby menyusu, lagi cepat lega bengkak susu ni.

Isnin petang ain buat semua step yang ain share ni. Hari ni Rabu, alhamdulillah segala benjolan bengkakan dah pun hilang. Ain masih teruskan makan Lecithin tu sebab nak cegah susu bengkak lagi kan.

Terima kasih buat Kak Siti Fatimah, sebab sudi hantar Lechitin dari Lancang ke Temerloh. Dia kesian kat ain dia kata. Allah.. terharu sungguh.😭

Okay. Sekian saja sharing dari ain. Sorry kalau ada ayat berbelit-belit. Ain karang ayat laju-laju je ni. Boleh juga kalau korang nak #share posting ni untuk manfaat insan-insan yang memerlukan. Ain izinkan ❤️

Bengkak susu

Tqvm ain! 😍
Salam sayang dari MADAMe,
Azwani Aziz

Continue Reading

Tuesday, 5 June 2018