Sunday, 22 July 2018

Senarai harga Youth Skin Care Shaklee : Harga set lengkap dan harga setiap produk Youth | Madame

Assalamualaikum & salam sejahtera,

Bagi korang yang tercari-cari senarai harga setiap item dalam Youth skin care Shaklee, di sini madam akan senaraikan setiap satu okeh. Mulai bulan Julai sekarang ni, setiap Youth item ni dah boleh beli loose/berasingan tau. Tak perlu beli set pun boleh.😊

Senarai harga youth shaklee

Berikut disenaraikan harga jualan setiap produk Youth pada kadar 0% gst,
.
.
Luminous Gel Oil Cleanser = RM 193.75
Senarai harga youth shaklee


Perfecting Skin Toner = RM 200.00
Senarai harga youth shaklee


Activating Serum = RM 412.50
Senarai harga youth shaklee


Advanced Renewal Night Cream = RM 250.00
Senarai harga youth shaklee



Age Defense Moisturiser-SPF 50 = RM 206.25

Senarai harga youth shaklee


Radiance C+E = RM 412.50
Senarai harga youth shaklee

.
.
Shaklee menawarkan 3 pilihan set berdasarkan keadaan kulit pengguna. Wasap madam untuk pilihan set yang tepat ya!
.
.
STARTER SET = RM 850.00
Senarai harga youth shaklee


RENEW AND MAINTAIN SET = RM 1262.50
Senarai harga youth shaklee


 INTENSIVE TREATMENT & REPAIR SET = RM 1675.00
Senarai harga youth shaklee
.
.
. Korang boleh wasap madam terus ya untuk free consultation dan harga istimewa ♥️

Salam sayang dari Madame,
Azwani Aziz
019-4207668







Continue Reading

Saturday, 21 July 2018

Penyakit Tangan, Kaki & Mulut (HFMD) : Punca & Gejala | Madame

Assalamualaikum,
Sekarang ni kecoh pasal penyakit HFMD (Hand, Foot, Mouth Disease) iaitu penyakit berjangkit Tangan, Kaki dan Mulut yang semakin menular di Pulau Pinang. Banyak sekolah yang diarahkan ditutup. Ia semakin merebak hingga ke negeri berdekatan juga. Ia sangat menakutkan para ibu bapa. Ketahui punca dan gejala HFMD.

Tanda hfmd

Gejala hfmd

Punca hfmd

Hfmd

Hfmd


Kenyataan KPK 11 Julai 2018 – Situasi Semasa Kejadian Penyakit Tangan, Kaki Dan Mulut (HFMD) di Malaysia

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan bahawa terdapat peningkatan bilangan kes penyakit HFMD di Malaysia. Sehingga 30 Jun 2018, jumlah kes yang dilaporkan adalah sebanyak 27,296 kes berbanding hanya 21,303 kes pada tempoh yang sama pada tahun 2017 iaitu peningkatan sebanyak 28%. Bilangan kes di 12 buah negeri telah melepasi paras amaran kecuali Johor, Sabah dan Sarawak.

Paras amaran adalah purata bilangan kes HFMD untuk lima (5) tahun kebelakangan dan nilainya berbeza-beza mengikut bilangan kes HFMD bagi setiap negeri.

Baca dengan lebih lanjut di https://kpkesihatan.com/2018/07/11/kenyataan-kpk-11-julai-2018-situasi-semasa-kejadian-penyakit-tangan-kaki-dan-mulut-hfmd-di-malaysia/

Moga perkongsian madam hari ni, menimbulkan awareness untuk kita menjaga kebersihan dan mengelakkan penyakit HFMD ini berleluasa.

Salam sayang dari Madame,
Azwani Aziz
019-4207668
Continue Reading

Friday, 20 July 2018

Maksud warna berbeza pada label botol Shaklee | Madame

Assalamualaikum korang,

Ada dak yang tertanya-tanya kenapa label botol-botol Shaklee berbeza warna yek? Kenapa tak samakan saja warna-warna tu kan. Rupanya, memang ada beza dan maksud tersendiri untuk warna botol tu.

Jom baca ni.😊


Beza warna botol shaklee


● Label Botol Warna Silver :

Omega, CoQ-Trol Plus & Phytocol, supplement yg power untuk turunkan kolesterol dan mencairkan darah. Perlu dapatkan nasihat doktor jika ada mengambil ubat kolesterol.



● Label Botol Warna Biru :

Vitamins dan mineral asas.


● Label Botol Warna Hijau :

Peppermint Ginger Plus, Garlic Complex, Herblax, GLA Complex dan DTX Complex mengandungi herba.

Semoga terjawab dah pertanyaan korang ye.😊

Salam sayang dari Madame,
Azwani Aziz
019-4207668

Continue Reading

Tuesday, 10 July 2018

11 Tips Mencegah Kanser | Madame

Assalamualaikum korang,

Hari ni madam nak share tips yang sangat bermanfaat. Tips Mencegah Kanser ni madam dapat hasil pembacaan di fb. Kanser adalah salah satu penyakit yang sangat digeruni. Kanser ni disebabkan oleh ketidakseimbangan replikasi sel badan kita. Jom, baca sama2 dan ambil teladan okehπŸ˜‰

Tips mencegah kanser

Secara mudahnya boleh lah dikatakan kita boleh meningkatkan pemakanan dengan lemak sihat dan mengurangkan pengambilan gula dan karbohidrat berglisemik indeks tinggi.

Beberapa tips boleh kita amalkan untuk mencapai matlamat ini, iaitu:

1. Mengurangkan pengambilan GULA dalam makanan dan minuman

Kita telah memahami bagaimana gula menggalakkan pertumbuhan sel-sel kanser. Oleh kerana itu, gula adalah karbohidrat yang bersifat tinggi indeks glisemik (GI) dan meningkatkan insulin hendaklah dihentikan dalam pemakanan seharian. Insulin sendiri menggalakan pertumbuhan sel-sel kanser dan perlu kita kawal parasnya dalam darah.

Oleh kerana itu juga kita perlu mengambil lebih banyak minyak sihat sebagai sumber utama kalori dan pengambilan protin yang sederhana. Jika kita mengambil terlalu banyak protin ia akan menjadi gluconeogenik, iaitu ia menyebabkan lebih banyak glukosa terhasil daripada protin.

Sel kanser mempunyai reseptor insulin yang sangat banyak dipermukaan membran selnya dan sangat dikawal metabolisma glukosa nya. Ini bermakna, bergantung kepada tahap perkembangan sel-sel kanser, ia akan ‘mencuri’ gula untuk tumbesarannya daripada sel-sel normal. Ini bermakna gula akan memberi ‘makan’ kepada sel-sel kanser dan sel-sel yang normal perlukan jasad ketone untuk sumber tenaga untuk melawan pertumbuhan sel-sel kanser apabila seseorang mula mengurangkan pengambilan karbohidrat dalam pemakanannya.

2. Mengurangkan Ketagihan kepada GULA

Oleh kerana sel-sel kanser ‘mencuri’ glukosa daripada sel-sel normal oleh itu akan kekurangan glukosa untuk sumber tenaga. Oleh itu otak akan menghantar isyarat bahawa tubuh memerlukan lebih tenaga atau kalori dengan menghantar isyarat lapar untuk makan makanan berkarbohidrat dan manis(carbohydrate craving). Ini akan menjadi ketara dipermulaan apabila seseorang pesakit kanser memulakan ‘diet ketogenik’ terutamanya kerana mereka mempunyai mitokondria yang kurang dan lemah.

Oleh kerana itu amat penting bagi mereka mengambil nutrisi yang akan menambah jumlah mitokondria dan menguatkannya. Pengambilan lemak yang kaya dengan  asid lemak tepu rantaian sederhana; MCFA (Medium Chain Fatty Acids) seperti minyak kelapa yang mengandungi asid laurik yang mengandungi C8 dan C10 rantaian asid lemak. Pengambilan beberapa jenis suplemen, rempah ratus dan herba juga membantu meningkatkan jumlah mitokondria seperti curcumin (kunyit), halia, omega 3, asid alfa lipoik, N-asetil sistein (NAC), resveratrol, teh hijau, quercetin dan koenzim Q10.

Apabila mitokondria telah mula aktif dan bertambah maka masalah ‘craving’ ini akan hilang. Bersenam, pengambilan suplemen mineral dan dapatkan air secukupnya untuk kekalkan hidrasi tubuh adalah amat penting bagi pesakit kanser yang mencuba kaedah ini.

3. Mengamalkan Ketogenik Diet

Dengan tidak mengambil gula dan karbohidrat proses dalam pemakanan seharian seseorang pesakit kanser perlu mengambil sumber tenaga alternatif untuk terus membekalkan tenaga kepada sel-sel normal. Ini boleh dilakukan dengan mengamalkan ‘diet ketogenik’ iaitu mengambil lebih lemak sihat seperti minyak zaitun, minyak kelapa, mentega, minyak ikan, minyak kelapa sawit, avocado dan sebagainya.

Ini sangat penting dalam strategi kita untuk melawan penyakit kanser kerana sel-sel kanser yang agresif akan mencuri semua glukosa untuk tumbesaran sel-sel kanser daripada sel-sel normal yang akan menyebabkan seseorang pesakit kanser merasa sangat lemah, tidak bermaya dan kurang bertenaga.

Sel-sel kanser tidak boleh menggunakan jasad ketone sebagai sumber tenaga oleh itu jika pesakit mengurangkan pengambilan karbohidrat dan megambil lebih banyak lemak sihat, maka ia akan menyebabkan sel-sel kanser menjadi ‘kebuluran’ dan akhirnya akan membunuh sel-sel kanser ini secara beransur-ansur. Dengan mengurangkan pengambilan gula pasir adalah satu cara terbaik untuk melawan penyakit kanser ini.

4. Berpuasa secara berkala

Selain daripada mengamalkan diet ketogenik, seseorang boleh mengamalkan berpuasa secara berselang (interminttent fasting) iaitu satu lagi kaedah yang sangat berkuasa untuk mengawal paras insulin dan meningkatkan aktiviti AMP-K. Dalam masa yang sama berpuasa secara berkala juga akan meningkat imuniti tubuh dengan meningkatkan aktiviti sel-sel darah putih untuk memusnahkan sel-sel kanser.

Berpuasa juga sangat berkuasa meningkatkan proses penyingkiran sel-sel abnormal, rosak dan mati dari sistem tubuh dengan kaedah yang dipanggil ‘cellular autophagy’. Kajian juga menunjukkan dengan berpuasa akan meningkatkan fleksibiliti atau kebolehubah sistem metabolisma tubuh untuk menjadikan sel-sel dalam keadaan ketosis yang lebih cepat. Dengan keadaan ini maka ia akan memusnahkan sel-sel kanser dan menjadikan sel-sel normal terus kekal sihat.

Kaedah berpuasa tanpa makan tetapi mengambil minuman air kosong, air lemon atau teh hijau atau teh herba sahaja selama 12 jam (kaedah yang dicadangkan oleh saintis Barat) boleh juga diamalkan jika kita tidak mahu berpuasa sebagaimana dalam syariat Islam.

5. Kaedah Super Hidrasi

Semasa mengamalkan kaedah berpuasa perubatan iaitu hanya tidak makan selama 12 jam dan minum air yang banyak untuk memastikan hidrasi tubuh yang sempurna ia akan menggalakkan proses detoksifikasi tubuh secara natural dan lembut. Pastikan anda minum air mineral beralkali tanpa klorin atau florida didalamnya.

Dicadangkan supaya proses superhidrasi dilakukan dengan minum air mineral beralkali ini sebanyak lebih kurang 1 liter dalam jam pertama selepas bangun dari tidur dan selepas itu minum lagi 1 liter hingga 1.5 liter air sehingga tengah hari.
Untuk sepanjang hari atau 12 jam berpuasa itu, jika boleh minum air dengan lebih banyak sehingga 3 ke 4 liter secara total bergantung kepada berat badan. Jika berat badan 70kg, maka boleh minum sehingga 4 liter air mineral, air teh O (tanpa gula), teh hijau, teh herba, air lemon, air limau dan sebagainya.

Anda akan kerap ke tandas untuk buang air kecil dan itu lah proses detoksifikasi tubuh melalui perkumuhan buah pinggang. Walaupun jumlah air yang diminum agak berlebihan, tetapi jika buah pinggang anda berfungsi secara normal ia tidak mengundang masalah dan juga air yang diminum mengandungi mineral yang secukupnya ia tidak memudaratkan. Anda boleh menambah secubit garam ke dalam botol 1 liter air untuk menambahkan garam mineral didalam air tersebut.

Dengan mengekalkan hidrasi secukupnya ia akan mengurangkan rasa lapar dan keinginan melampau (craving) untuk makan manis atau karbohidrat.

6. Pengambilan Garam sihat

Kebanyakan daripada kita menyangka bahawa kita perlu mengurangkan pengambilan garam dalam makanan kerana kita telah diajar selama ini garam berlebihan boleh menyebabkan masalah tekanan darah tinggi. Kajian menunjukkan apabila seseorang memulakan pemakanan ketogenik akan mengalami perkumuhan garam berlebihan kerana berlakunya penurunan paras insulin. Oleh kerana itu, seseorang yang mengamalkan pemakanan ketogenik akan mengalami kekurangan mineral dalam tubuh yang perlu di ganti semula. Jika tidak diganti semula mineral yang hilang maka seseorang itu akan mengalami simptom seperti selsema. Amat penting untuk kita mengambil garam mineral yang berkualiti tinggi seperti garam merah jambu dan garam kelabu atau minum sup tulang dalam pemakanan.

7. Bersenam secara kerap

Bersenam secara selangan berintensiti tinggi (HIIT) adalah satu bentuk senaman yang sangat baik di lakukan selalu. Kajian menunjukkan senaman jenis ini akan meningkatkan paras AMP-K dan meningkatkan fleksibiliti dan pengoksigenan tisu-tisu tubuh. Bersenam secara sederhana iaitu 15 ke 20 minit sebanyak 2 ke 4 kali seminggu. Jangan bersenam keterlaluan dan terlalu keras akan menyebabkan peningkatan paras kortisol dan mengeluarkan kita daripada proses ketosis.

‘Berkaki ayam’ secara berkala, semasa bersenam juga adalah kaedah tambahan yang baik kerana ia membantu kita mendapat ‘elektron percuma’ untuk menyahcas tubuh dengan bumi secara semualajadi dan menstabilkan frekuensi elektromagnetik tubuh kita. Ini membantu menenangkan respon stres dan mempercepatkan proses pemulihan tubuh dan meningkatkan rasa sihat dan segar tubuh.

8. Lawas Buang Air besar

Ramai antara kita tidak menyedari bahawa masalah sembelit dan tidak lawas buang air besar adalah satu faktor yang menyebabkan peningkatan hormon stres (kortisol) dan mengeluarkan kita dari proses ketosis. Ramai akan mengahadapi masalah sembelit semasa mengamalkan pemakanan ketogenik.

Oleh itu amat penting untuk mengambil langkah-langkah mencegah sembelit dengan makan banyak sayur-sayuran berserat tinggi, makanan yang diperam (budu,cencalok, belacan, kicap, tempe etc), minum air secukupnya, mengambil garam secukupnya dan jangan makan semasa stres. Ini adalah kerana semasa stres akan berlaku gangguan kepada pergerakan usus dan penghadaman. Berdoa dan baca bismillah sebelum makan boleh menurunkan stres sebelum makan.

Pengambilan probiotik amat penting untuk mengawal masalah pertumbuhan bakteria jahat berlebihan dalam usus. Mengambil suplemen magnesium juga amat penting membantu mengawal masalah sembelit dan membantu kesihatan yang lebih baik.

9. Kawal jumlah pengambilan Protin

Mengambil terlalu banyak protin boleh meransangkan proses gluconeogenesis iaitu proses penghasilan glukosa daripada protin yang akan menyebabkan kenaikan paras glukosa darah dan akan mengeluarkan dari proses ketosis. Secara umumnya setiap seorang daripada kita perlu mengambil 20 ke 30 gram protin setiap kali makan. Dalam sehari keperluan umumnya adalah diantara 60 ke 75 gram sehari. Jika seseorang itu bersenam secara aktif dan melakukan senaman mengangkat beban makan keperluan protinnya akan meningkat.

10. Mengambil lemak MCT

Untuk menghasilkan keadaan ketosis adalah sesuatu yang membebankan kepada tubuh terutamanya jika anda mempunyai masalah dysfungsi mitokondria. Oleh itu penggunaan minyak MCT (medium chain triglyceride) amat baik untuk ditukarkan menjadi ketone dan meningkatkan kadar ketosis tubuh. Untuk memudahkan kita boleh mengambil minyak kelapa dara yang tinggi asid lemak laurik iaitu sejenis MCT. Terdapat juga minyak MCT yang dijual secara komersil yang lain yang mengandungi asid kaprik (capric acid) dan asid kaprilik (caprilic acid) yang juga lebih mudah ditukarkan menjadi ketone.

11. Tidur secukupnya

Mengawal stres adalah kunci kepada mengekalkan tahap ketosis yang optimum. Mendapatkan tidur yang mencukupi adalah amat penting dari aspek ini. Tidur yang tidak mencukupi berkait rapat dengan paras glukosa darah dan risiko kanser yang lebih tinggi. Tidur lah lebih awal dan pastikan bilik tidur benar-benar gelap untuk tidur yang sihat disamping suhu bilik yang selesa untuk tidur yang nyenyak.

Elakkan pendedahan kepada ‘cahaya biru’ (blue light) sekurang-kurangnya 4 jam sebelum tidur dengan menggunakan penapis cahaya biru atau memakai cermin mata dengan penapis cahaya biru. Kita boleh amalkan rutin yang menenangkan diri sebelum masuk tidur seperti bersolat, berzikir atau bermeditasi yang boleh memberikan kita rasa tenang sebelum tidur.

Sumber fb:
Dr Norman Mohd Norawi
MBBS, MSc(UCSI), FAGE
Doktor Perubatan Nutrisi
.
.
.
Salam sayang dari MADAMe,
Azwani Aziz
019-4207668
Continue Reading

Monday, 9 July 2018

Piala Dunia Rusia 2018 | Madame

Salam Piala Dunia Rusia 2018!

Korang sokong team mana? Team mana agaknya akan menang Piala Dunia 2018 ni kan.πŸ€” Musim bola la ni, semua lelaki/ para suami layan bola di rumah ka di luar?

Piala dunia rusia 2018

Suami madam pun kaki bola. Tiap2 malam layan live Piala Dunia kat tvπŸ˜…. Tak palah, asalkan dia kat rumah, tak melepak kat luar.hihi..suami madam ni of cos la sokong Perancis. Siap beli jersi Perancis tau! Hehe

Punya la nak tengok team masing-masing menang or kalah kan, sanggup stay up sampai 5 pagi! walau esoknya kena kerja. Betul tak? HeheπŸ˜… Orang laki ni layan bola kadang sampai overstress kalau team depa tak jaringkan gol atau kalah dalam perlawanan. πŸ˜‚

Jadi, madam cadangkan para lelaki amalkan B Complex, Cinch Tea dan CoQ-trol Plus. Para isteri boleh hadiahkan kat suami masing-masing.

Nak tau dak kelebihan produk2 ni?

B Complex ni antistress tauπŸ‘. Team kalah ka menang, tak stress dah.haha

Cinch Tea menyegarkan mata untuk kekal fresh untuk stay up malam2.

CoQ-Trol Plus pulak memberi tenaga untuk pergi kerja pagi2. Tak la asyik menguap ja pagi2πŸ‘Drive keta pun mata segar. Tak la terlelap, langgar divider.huhu

Perlukan bantuan, wasap ja madam okeh!😘

Salam sayang dari MADAMe,
Azwani Aziz
019-4207668

Continue Reading

Saturday, 7 July 2018

Kepentingan Pengambilan Suplemen setiap hari | Madame

PERLUKAH PENGAMBILAN SUPLEMEN SETIAP HARI...

Jika kita ke farmasi atau klinik kita akan melihat pelbagai jenis pil-pil suplemen atau vitamin dan mineral yang dijual. Pelbagai promosi dan iklan di media massa tentang pelbagai jenis suplemen yang dijual dipasaran. Suplemen atau makanan tambahan adalah zat-zat makanan mikro atau surih yang perlu kita ambil setiap hari untuk mengekalkan kesihatan yang baik.

Persoalan yang selalu ditanya adalah;

“ Kenapa kita perlu mengambil suplemen atau makanan tambahan ini?”

Kepentingan suplemen


Jika anda bertanya dengan sesetengah doktor maka ada yang berpendapat bahawa kita tidak perlukan suplemen ini. Pada pendapat mereka cukuplah dengan hanya mengambil makanan yang berkhasiat dan seimbang untuk kekal sihat. Pendapat sebegini agak kurang tepat dengan keadaan kehidupan kita pada zaman moden ini. Kajian saintifik yang terbaru membuktikan bahawa dengan mengamalkan pengambilan suplemen ia akan membantu mendapatkan kesihatan yang lebih baik dan mencegah pelbagai jenis penyakit yang kronik. Hakikatnya, makanan yang kita makan zaman sekarang tidak dapat menampung keperluan vitamin, mineral, zat-zat surih dan anti oksidan tubuh kita.

Saya selalu ditanya, adakah terdapat bukti saintifik tentang kepentingan pengambilan suplemen ini. Sebenarnya, terdapat ribuan kajian yang telah dijalankan sebenarnya yang boleh kita baca dalam jurnal-jurnal perubatan. Satu kajian yang sangat popular yang dinamakan ‘Nurses Health Study’ yang dijalankan dari tahun 1976 hingga 1989 melibatkan 280,000 jururawat telah menunjukkan diantara kesimpulannya adalah pengambilan beberapa jenis suplemen seperti anti oksidan boleh mencegah kanser dan masalah buta mata akibat katarak.

Kesimpulan lain adalah: pengambilan vitamin D dan kalsium boleh mencegah masalah reput tulang.

 Pengambilan suplemen vitamin B6, kalsium, vitamin D dan asid folik boleh membantu mencegah  kanser.

Pengambilan makanan yang kaya dengan Omega 3 boleh mencegah sakit jantung dan angin ahmar (strok).

Berdasarkan fakta kajian ini jelas menunjukkan kepentingan pengambilan suplemen dalam mencegah penyakit kronik yang merbahaya.

Terdapat banyak lagi kajian yang telah diterbitkan dalam jurnal-jurnal perubatan yang menunjukkan pengambilan secara berterusan suplemen mampu mencegah penyakit kronik dan mengekalkan berat badan yang ideal. Kajian-kajian lain telah membuktikan kelebihan vitamin dalam pencegahan penyakit-penyakit kronik seperti sakit jantung, kanser, darah tinggi, kencing manis, osteoporosis dan pelbagai lagi.

Kajian-kajian lain juga menunjukkan anti oksidan, vitamin B6, B12, asid folik, vitamin C, vitamin D dan vitamin E mampu mencegah penyakit dengan melindungi membran sel dan DNA didalam sel dari kerosakan akibat radikal bebas dan pelbagai jenis toksin yang masuk kedalam tubuh manusia. Didalam buku saya, ‘Hindari Kanser dengan Anti Oksidan’, saya telah menyenaraikan kajian-kajian saintifik tentang anti oksidan yang berkaitan dengan kanser dan pencegahannya.

Terdapat juga banyak kajian menunjukkan pengambilan supplemen omega 3 mampu membantu menurunkan paras kolesterol, mencegah penyakit jantung dan mengawal berat badan sebagaimana yang telah saya tulis dalam buku saya ‘Omega 3: kepentingannya kepada kesihatan’.

Begitu juga pengambilan probiotik sebagai suplemen harian  mampu meningkatkan immuniti, penghadaman yang baik , mengurangkan masalah allergi dan mencegah kanser usus.

Secara umumnya, makanan yang kita makan setiap hari tanpa kita sedari sebenarnya tidak seimbang dan amat rendah kandungan zat-zat surih atau mikro seperti vitamin, mineral, anti oksidan dan sebagainya. Makanan kita kaya dengan karbohidrat, lemak tepu, lemak ‘trans’ dan ‘GULA’ yang berlebihan ditambah lagi  dengan pelbagai pengawet, pewarna dan perasa tiruan. Bahan-bahan tambahan ini mengganggu keseimbangan metabolisma sel-sel dalam tubuh manusia.  Budaya makanan segera yang dibawa dari barat memburukkan lagi masalah ini. Anak-anak dan juga ibubapa amat kurang mengambil sayur-sayuran dan buah-buahan dalam pemakanan seharian.Pemakanan seimbang masa kini lebih kepada iklan di poster di sekolah, klinik dan hospital semata-mata. Hakikatnya ianya tidak di amalkan dalam kehidupan seharian.

Sekarang perkembangan industri makanan segera amat hebat sekali. Setiap hari kita melihat iklan-iklan di kaca televisyen tentang makanan segera. Kemajuan ekonomi seiring dengan perubahan corak pemakanan manusia di seluruh dunia. Makanan yang di proses amat mudah didapati dalam pasaran yang hanya mempunyai ‘karbohidrat kosong’ tanpa zat-zat mikro yang mencukupi. Disinilah pentingnya  suplemen yang kita makan akan membantu membekalkan mana-mana zat-zat yang kekurangan tanpa kita sedar untuk menjaga  keseimbangan metabolisma sel-sel tubuh manusia.

Kehidupan kita dizaman moden sekarang yang membeli semua makanan di pasar atau pasaraya besar jauh berbeza dengan kehidupan datuk nenek kita di zaman dahulu yang menghasilkan sendiri makanan mereka. Sayur-sayuran dan buah-buahan yang  kita makan ditanam secara komersil dengan penggunaan baja kimia, racun rumpai dan sebagainya. Makanan dari sumber daging ayam, kambing, lembu diternak secara komersil dengan penggunaan hormon and antibiotik yang berleluasa. Ikan dilaut juga tercemar dengan logam berat raksa yang menyebabkan keracunan kronik. Isu-isu pencemaran ini amat kompleks dan susah untuk dielakkan, natijahnya untuk menjaga kesihatan badan kita , kita perlukan suplemen setiap hari.

Semua sel di dalam tubuh menggunakan vitamin dan mineral serta antioksidan untuk melindungi bahagian-bahagian sel seperti membran, protein, lipid, plasma, mitokondria, nukleus dan DNA dari kerosakan oksidatif. Zat-zat mikro seperti vitamin, mineral dan anti oksidan membantu dalam proses membaikpulih sel dan seterusnya membolehkan ia berfungsi dalam keadaan yang optimum.

Apabila sel-sel berfungsi dalam keadaan baik maka semua organ dan sistem tubuh manusia dapat berfungsi dengan baik. Kesannya, kesihatan akan terpelihara dan boleh dikekalkan untuk jangkamasa yang lebih panjang dengan mengambil suplemen yang perlu.

Sikap sesetengah orang yang mempunyai tabiat tidak sihat seperti merokok, tidak bersenam, makan secara berlebihan, masalah obesiti dan stress yang melampau menyebabkan kadar penyakit zaman moden seperti darah tinggi, kencing manis, sakit jantung, angin ahmar dan kanser semakin buruk dan meningkat dengan begitu ketara sekarang. Ini menambahkan lagi keperluan pengambilan suplemen untuk mengurangkan risiko mendapat penyakit kronik akibat tabiat buruk ini. Berhenti dari mengamalkan tabiat-tabiat yang merbahaya kepada kesihatan adalah langkah terbaik dan pengambilan suplemen akan membantu memulihkan kesihatan tubuh secara keseluruhannya.

Tetapi perlu diingat bahawa pemakanan seimbang dan sihat dengan mengambil lebih banyak sayur-sayuran, buah-buahan dan karbohidrat berserat tinggi juga penting untuk mencegah penyakit-penyakit  kronik ini. Bersenam juga adalah salah satu faktor penting dalam mencegah penyakit ini. Ketiga-tiga faktor ini amat penting dan perlu seiring diamalkan untuk mendapat kesihatan yang optimum dan bukan hanya bergantung kepada pengambilan suplemen semata-mata. Suplemen bukanlah ubat untuk mencegah penyakit tetapi sebagai satu tabiat yang sihat membantu mencapai kesihatan optimum.

Dengan memulakan pengambilan suplemen setiap hari seperti multivitamin, mineral, antioksidan, omega 3 dan probiotik yang berkualiti tinggi, seseorang boleh merasakan perbezaan tahap kesihatannya dalam masa beberapa hari, minggu, bulan atau tahun. Sesetengah orang akan merasa peningkatan tenaga, ketenangan fikiran dan peningkatan prestasi fizikal dengan penggunaan suplemen ini. Malah terdapat juga orang-orang yang lebih dramatik kesannya ke atas mereka. Perlu juga di ingat walaupun sesuatu perkara yang baik tetap ada hadnya, pengambilan suplemen ini perlu mengikut dos yang sepatutnya dan tidak berlebihan. Pengambilan makanan sihat masih perlu diamalkan untuk mendapat kesan kesihatan yang optimum.

Terdapat sesetengah orang pula tidak dapat merasai atau menyedari apa-apa kesan dari pengambilan suplemen atau makanan nutrisi tambahan ini, tetapi ini tidak bermakna tiada sebarang pembaik pulihan berlaku.

Sama ada seseorang itu merasainya atau tidak, pengambilan suplemen tambahan telah terbukti secara saintifik berdasarkan kajian yang telah dijalankan. Dengan pengambilan suplemen setiap hari secara konsisten, seseorang itu akan mendapat faedah kesihatan yang lebih baik, InsyaAllah.

Dr Norman Mohd Norawi
MBBS(Man), MScAARMMA(UCSI), FAGE
MMC: 36627

Pengamal Perubatan Am dengan
Pengkhususan Perubatan Nutrisi, Anti Penuaan, Esthetik & Perubatan Regeneratif
.
.
.
Salam sayang dari MADAMe,
Azwani Aziz
019-4207668
Continue Reading

Friday, 6 July 2018

Rokok rasa tak sedap : Berhenti merokok dengan Vivix | Madame

TESTIMONI ABAH SENDIRI (ROKOK RASA TAK SEDAP) πŸ˜† ~

Berhenti merokok dengan Vivix


Iye..En.Jamal abah kita ni dah consume VIVIX dekat 2,3 tahun dah πŸ’ͺ
.
.
Asal mulanya sebab dulu abah rajin sangat tak sihat.Dan sebab kami adik-beradik tahu Vivix ni memang terbukti keberkesanan tu bagi abah try
.
.
Masa tu kita belom join Shaklee lagi tau
.
.
Dan masa tu abah adalah PEROKOK tegar.Memang tak pernah lah tengok kat mulut dia tu tak menyedut rokok πŸ˜‚
.
.
Pernah try nak berhenti, tapi mak jadi kesian tengok abah macam ape dah tengok lesu tak bermaya tak dapat rokok dia πŸ˜…
.
.
Sekali perasan sendiri abah dah lama x pegang rokok.
.
.
Tanya abah,abah cakap entah lah..sejak minum Vivix tekak dia rasa KELAT-KELAT camtu tiap kali merokok.rokok jadi TAK SEDAP katanya..haha tak tau lah bg perokok sedap rokok tu rase ape.. Rase aiskrim Vanilla ke πŸ˜‚
.
.
Uit rasa macam eh amazingnya, padahal belikan Vivix untuk tambah tahap ketahanan badan abah,effect benda lain pulak rupanya
.
.
Alhamdulillah, sampai sekarang abah dah tak merokok dah 😍 Dia dok try berhenti tak berjaya, alih-alih consume Vivix terus berhenti.
.
.
So para lelaki yang dah ada niat nak berhenti merokok boleh try consume Vivix
.
.
Kenapa kita percaya Shaklee?Sebab kita nampak hasilnya depan mata kita.So kita nak share dengan orang diluar sana
.
.
Kredit: Rafizah Jamal

Salam sayang dari MADAMe,
Azwani Aziz
019-4207668
Continue Reading

Sunday, 1 July 2018

Promosi Shaklee bulan Julai 2018 | Madame

Assalamualaikum korang, Salam bulan Julai yaπŸ˜‰
Nak tahu tak apa promosi Shaklee bulan Julai 2018 ni?πŸ€” Best tau..promosi Collagen Powder, Youth dan Shaklee Baby dilanjutkan uolss😱😱😱

Promosi Shaklee bulan Julai 2018
Ada dua set Youth iaitu Renew & Maintain set dan Intensive Treatment & Repair set. Pembelian set ni dapat Free Shimmer Cosmetic Case yang cun!
Selain tu, dapat
πŸŽ‰ Free membership
πŸŽ‰ Free delivery
πŸŽ‰ Free paper bag
πŸŽ‰ Free Youth skin care booklet
πŸŽ‰ Cash back

Promosi Shaklee bulan Julai 2018
Pembelian collagen powder pun promo jugak tau!
πŸŽ‰ Beli 2 kotak collagen, less 5%
πŸŽ‰ Beli 6 kotak collagen, Free 1 kotak😱
πŸŽ‰ Beli 1, Free 1 set Shaklee Baby with towel and bag.
Sesuai sangat jadikan gift kepada ibu2 hamil atau ibu2 lepas bersalin😍

Korang nak tanya or order, wasap madam ya!
Salam sayang dari MADAMe,
Azwani Aziz
019-4207668



Continue Reading