Sunday, 28 October 2018

PETUA KEJAYAAN | Madame

👉 10 PETUA KEJAYAAN. 👈

Orang-orang berjaya ni sentiasa ada resepi rahsia mudah untuk mereka berjaya. Dan ini adalah 10 daripadanya. Mungkin jika anda amalkan. panggilan kejayaan lebih mudah untuk anda dengari!

Tips berjaya


Mari lihat 10 Rahsia Orang Berjaya di bawah.

1. BERGAUL DGN ORG-ORG BERJAYA

‘Circle of friends’ benar-benar memainkan peranan dalam menentukan sejauh mana anda boleh pergi. Pernah dengar kan, ‘Kalau nak berbau wangi, berkawanlah dengan penjual minyak wangi!’

2. LAKUKAN APA YG DICINTAI:

Siapa yang tak mahu lakukan apa saja untuk apa yag mereka cintai? Siapa? Semua orang pasti rela melakukan segala yang mungkin demi sesuatu yang dicintai. Jadi cari sesuatu yang anda cintai dan keep going for it! Kalau tak jumpa, cuba kenal, suka dan cinta apa yang anda sedang usahakan. Pasti berbaloi juga hasilnya.

3. KEKAL POSITIF:

Positif terletak pada minda dan diri sendiri. Pilih untuk gembira atau pilih untuk bersedih. Minda yang positif menarik perkara-perkara yang positif juga. Tak percaya? Cuba positifkan minda anda hari ini dan katakan anda akan berjaya menyelesaikan to-do-list anda menjelang jam 5 petang. Percaya, yakin, positif dan lakukan. InsyaAllah menjadi!

4. HENTI BERALASAN:

Alasan hanya untuk orang yang malas! Alasan = bermalas-malasan! Kejayaan tak suka pada orang yang malas. Jadi berhenti cari alasan sebaliknya usaha untuk menyelesaikan sesuatu tugasan dengan tepat dan cepat!

5. BERANI MENGAMBIL RISIKO:

Risiko sentiasa ada. Sama ada kecil atau besar, jika anda mahu berjaya, anda tetap perlu hadapinya. Risiko penolakan? Risiko kejatuhan? Redah dengan ilmu persediaan dan kumpulkan sebagai pengalaman. Tak cuba, tak tahu!

6. TERUS MELANGKAH KEHADAPAN:

Masa depan bermula dengan langkah hari ini. Kejayaan dan impian ada di hadapan. Jadi nak undur ke belakang atau teruskan berjalan? Ambil apa yang berlaku hari ini atau semalam sebagai pengajaran supaya tidak lagi melakukan kesalahan yang sama berulang kali.

7. PILIH RAKAN SEBAIKNYA:

Kelilingi persekitaran yg POSITIF.
Rakan yang BAIK membawa kita ke hadapan. Rakan yang kurang baik sentiasa menekan kita untuk terus ketinggalan. PILIH rakan anda yang sentiasa boleh membantu anda mencapai impian anda. JAUHkan diri dari rakan negatif dan menjatuhkan.

8. KUMPUL PENGALAMAN, BKN BERANGAN:

Berbelanja lebih untuk ilmu dan pengalaman adalah lebih berharga berbanding mengumpul barangan! Meskipun aset itu penting, tapi seimbangkan dengan ilmu dan pengalaman juga! Laburkan sebahagian wang untuk ilmu dan pengalaman supaya kita akhirnya boleh mengumpul lebih banyak barangan (aset)!

9. PEKA! BUKAN PEKAK:

Peka dengan keadaan dan perubahan sekeliling. Bukan pekakkan telinga! Pastikan anda tak ketinggalan untuk mana-mana peluang yang memungkinkan anda mencapai impian anda. Always look for opportunities!

10. JANGAN TAMAK:

tetapi berkongsilah. Orang tamak selalunya rugi! Berkongsi, bersedekah, memberi itu takkan mengurangkan harta atau ilmu yang anda ada. Sebaliknya membuka ruang lebih besar dan banyak untuk perkara yang baru! Yakin dan jangan lokek. InsyaAllah, anda akan temui lebih lagi bila anda tanamkan sikap memberi dan berkongsi ini.

Semoga berjaya!👍🏻
do the best👌🏻

Sumber : Motivasi Bisnes
.
.
.
Salam sayang dari Madame,
Azwani Aziz
019-4207668
Continue Reading

Sunday, 21 October 2018

Mengapa pilih Shaklee? | Madame

Hi korang! Masih ada yang belum mengenali Shaklee kan? 
Mengapa perlu pilih suplemen Shaklee untuk menyokong kesihatan seharian?

Vitamin / makanan tambahan kini telah menjadi satu keperluan dalam menu harian kita. Kita sentiasa terdedah dengan radikal bebas dalam udara seperti asap rokok dan pencemaran. Vitamin terutamanya antioksidan A, C dan E membantu melindungi sel badan kita dari dirosakkan oleh radikal bebas tadi. Sebagai contoh mudah, epal yang dipotong menjadi lebam kerana teroksida disebabkan udara.

Kenapa pilih shaklee
Vitamin Shaklee pertama iaitu Vitalized mineral yang kini dikenali sebagai Vitalea Iron Formula sudah berusia 103 tahun!

Kenapa pilih shaklee
Vitamin Shaklee terbukti SELAMAT, SEMULAJADI dan BERKESAN.

Kenapa pilih shaklee
Vitamin Shaklee berkualiti, 100% organik dan tidak akan menyebabkan kerosakan buah pinggang

Kenapa pilih shaklee
Setiap bahan yang dipilih adalah selepas melalui saringan ketat kerana Shaklee mementingkan keselamatan dan kualiti.

Kenapa pilih shaklee
Vitamin Shaklee adalah makanan tambahan. Ia bukan ubat untuk merawat. Jadi, kita mestilah menjaga kesihatan melalui pemakanan diet sihat dan senaman juga. Vitamin Shaklee hanya membantu kita melengkapkan nutrisi dan mengekalkan kesihatan badan kita.

Kenapa pilih shaklee
Setiap vitamin Shaklee melalui kajian terperinci. Segala kandungan bahan dan kertas kajian, kita boleh baca di http://healthresource.shaklee.com/shaklee-science/


Yakinlah dengan produk Shaklee 👍
SHAKLEE SELAMAT, SEMULAJADI & BERKESAN


Salam sayang dari MADAMe,
Azwani Aziz
019-4207668

Continue Reading

Thursday, 18 October 2018

PENIAGA ONLINE JANGAN TERTIPU | Madame

Assalamualaikum korang,

Madam ada baca satu post ni di facebook dan rasa sharing ni sangat bermanfaat untuk semua terutamanya kepada para peniaga atas talian (online). Pesanan Hafifi ni sangat betul agar peniaga semua berhati-hati agar tidak tertipu dan rugi.

Jom baca apa yang berlaku okeh👌
.
Peniaga online jangan tertipu

TEKNIK PENIPUAN PEMBAYARAN ATAS TALIAN (ONLINE)

1. Buat SCHEDULED PAYMENT. Pembeli membuat transaksi atas talian.

2. Pilih tarikh bayaran 3 hari akan datang
Contoh : Pembeli beritahu akan bank in hari ni 9 Oktober 2018. Tapi masa pembayaran atas talian dibuat, dia pilih SCHEDULED PAYMENT dan pilih tarikh 12 Oktober 2018.

3. Ini bermakna penjual akan menerima bayaran tersebut pada 12hb Oktober. Bukan 9hb Oktober.

4. Selepas selesai transaksi, resit akan di 'screenshot' dan pembeli tersebut akan hantar resit tersebut kepada penjual sebagai bukti pembayaran.

5. Disini masalah bermula, resit yang pihak bank keluarkan sama dengan 'normal transfer'. Tiada cacat cela. Tiada langsung mengatakan transaksi ini adalah SCHEDULED TRANSFER.

6.  Paling tak menyenangkan atas resit ada perkataan SUCCESSFUL.

7. Penjual terima resit. Nampak asli dan terus pos barang tanpa menyemak baki akaun.

8. Bila pembeli dah dapat 'tracking' number barang, dia akan batalkan SCHEDULED PAYMENT tersebut.

9. Makanya melopong penjual berkenaan bila mana barang dah di pos.

10. Kerana walaupun transaksi dibuat pada 9 Oktober resit pun nyatakan transaksi dibuat pada 9 Oktober. Tapi duit tak masuk sebab SCHEDULED PAYMENT boleh di batalkan pada bila masa sahaja.

11. Lagi haru ialah walaupun baki dalam akaun kita tinggal RM2, kita masih boleh buat SHEDULED PAYMENT. Jadi penipu bebas letak apa-apa amaun yang dia nak.

12. Tanpa perlu batalkan transaksi tersebut pun, bila tiba hari yang dijadualkan, bila sistem semak baki akaun tak cukup, maka transaksi tersebut akan automatik batal.

13. Maka seronoklah penipu dapat barang tanpa perlu buat bayaran.

SEMAK AKAUN SELALU!

Kredit : Hafifi Hafidz

Peniaga online jangan tertipu

Salam sayang dari Madame,
Azwani Aziz
019-4207668
Continue Reading

Wednesday, 17 October 2018

Zinc Plus Shaklee | Madame

Assalamualaikum..hi korang! 😊
Zinc Plus dah kembali! Dulu dikenali dengan nama Zinc Complex. Kali ni, lebih baik sebab tiada Alfalfa dalam Zinc Plus. Jadi maksud nya, sesuai untuk semua..yeayyy..ramai kan duk cari Zinc Shaklee ni. Betul dak? 

Zinc shaklee

Zinc shaklee

Zinc shaklee


Zinc shaklee

Zinc shaklee

Zinc shaklee



Nak dapatkan Zinc Plus, cod or by pos, just wasap jerrrr senang🤗

Salam sayang dari Madame,
Azwani Aziz
019-4207668

Continue Reading

Thursday, 11 October 2018

6 Cabaran Ketika Hamil | Madame

Assalamualaikum korang, hai!
Siapa tengah pregnant sekarang, sila angkat kening😜 hehe.. Pengalaman Madam dah hamil 4 kali. Pelbagai cabaran ketika hamil ni, betul tak? Awal kehamilan dengan alahannya. Mabuk, muntah, tak lalu makan lagi. Sepanjang hamil, tak boleh meniarap lak tu! Haha..sangat tak selesa. Tidur sakit2 belakang. Memang banyaklah kalau nak disenaraikan.huhu..tapi memang Pengalaman yang sangat indah time pregnant ni. Hehe..jom baca apa 6 cabaran yang Madam nak kongsikan ni.👌

Cabaran ketika hamil

Cabaran ketika hamil

Cabaran ketika hamil

Cabaran ketika hamil

Cabaran ketika hamil

Cabaran ketika hamil

Cabaran ketika hamil

Sepanjang hamil ke-4, Madam amalkan nutrisi dari Shaklee. Alhamdulillah, banyak manfaat yang Madam dapat. Dulu tak kenal Shaklee, berat masa hamil naik hampir 20kg! Lepas amal Shaklee, berat naik 11kg sahaja 🤗. Sembelit tak dak. Rasa bertenaga, Madam mampu puasa penuh sehinggalah 2 hari sebelum Aidilfitri, Madam selamat bersalin. Alhamdulillah, bersalin pun cepat sangat asbab telan kalsium magnesium sebelum ke hospital.hehe..nanti Madam cerita details lagi next entry okeh👌

Berminat dapatkan Set Kehamilan Shakkee mahupun Set Lepas Bersalin/ Set Berpantang / Set menyusu Shaklee, boleh wasap Madam ye.🤗

Salam Sayang dari Madame,
Azwani Aziz
019-4207668


Continue Reading

Wednesday, 10 October 2018

TIPS TINGKATKAN PENGHASILAN SUSU SEWAKTU MENGEPAM | Madame

Assalamualaikum mommies, ada yang fully bf baby macam madam dak? Sekarang anak ke 4 Madam dah berumur 4 bulan. Alhamdulillah, still fully bf. Hari ni Madam nak kongsi tips macam mana nak tingkatkan penghasilan susu sewaktu mengepam.

Tips tingkatkan penghasilan susu semasa mengepam
.
.
.
SEBELUM MENGEPAM

1) Selesakan Diri & Bertenang

🌹Cuba selesakan diri anda. Gunakan bantal kecil untuk menyokong belakang anda.
🌹Anda juga mungkin boleh mandi sebelum mengepam.
🌹Cuba mengurut payudara anda dengan membuat bulatan-bulatan kecil di sekeliling payudara.
🌹Cuba untuk mengepam setiap 3 jam pada waktu yang sama pada setiap hari.
.
.
PERLU TAHU:

🌻 Relaks ---> Senang mendapat 'Refleks Oksitoksin' ataupun Let Down Reflects (LDR)
🌻LDR ---> Membantu mengosongkan payudara
🌻Payudara kosong ---> Otak mendapat signal untuk menghasilkan lebih banyak susu.

2. Makan sedikit kudap-kudapan (snek) dan minum segelas air

🌺Sebelum mengepam, cubalah untuk meminum segelas air suam.
🌺 Ataupun cuba untuk memakan sedikit makanan ringan (yang berkhasiat semestinya seperti kurma, sebiji epal ataupun kekacang) supaya anda lebih bertenaga dan mendapat mood gembira.
.
.
SEMASA MENGEPAM

Seandainya anda menggunakan pam elektrik/bateri, pastikan anda menggunakan level suction yang bersesuaian. Mulakan dengan level suction yang rendah dan tingkatkan perlahan-lahan sehingga anda berasa selesa dengan suction pam anda.

Ingat! Suction yang kuat tidak semestinya anda akan mendapat hasil susu yang banyak (bayangkan cara hisapan bayi anda - lembut tapi masih mendapat susu yang banyak).

Suction yang tinggi selalunya akan menyebabkan anda berasa sakit dan luka pada puting payudara. Apabila anda berasa sakit,LDR mungkin akan tidak berlaku.

Dan payudara anda tidak dapat dikosongkan sepenuhnya. Apabila tidak dapat dikosongkan sepenuhnya, maka penghasilan susu akan berkurangan.

Sewaktu mengepam, pastikan puting payudara anda berada betul-betul di tengah corong. Sepatutnya apabila anda mengepam puting anda 'bebas bergerak' di dalam corong.

Sekiranya puting anda menyentuk sisi corong anda, maka anda harus membeli corong yang lebih besar.

Sekali lagi, sila bertenang.

Tarik nafas dan lihatlah gambar bayi anda.👶

Bayangkan si manja anda sedang menyusu pada payudara anda. Kalau boleh, rakam suara bayi anda. Ini akan membantu anda untuk mendapat LDR dengan lebih cepat.

Pastikan anda mengepam sehingga payudara benar-benar kosong.
.
.
.
CARA MENINGKATKAN BEKALAN SUSU ANDA

Power Pumping

🌸Caranya dengan mengepam payudara anda berterusan selama sejam. 10 minit pam - 10 minit rehat - 10 minit pam dan berterusan selama sejam.

🌸Memakan milk booster

~Setiap individu mempunyai milk booster yang berlainan.
~Antaranya; herba, keju, coklat, kurma, jantung pisang, lobak putih dan sebagainya.
~Anda boleh mencuba dan terus mencuba.

🌸Memakan suplemen tambahan

~ Ingat, seorang ibu yang mengepam haruslah mengekalkan kesihatan yang optimum. Seandainya anda seorang yang benar-benar mengamalkan pemakanan yang seimbang dan berzat, anda mungkin mampu kekal sihat.

Tapi bagi anda yang terlalu sibuk - uruskan keluarga, kerja dan sebagainya, kekurangan keperluan vitamin perlu ditampung. Jadi, ya, jangan abaikan kesihatan diri anda. Kerana anda adalah sumber makanan bagi bayi anda (terutamanya 6 bulan kehidupannya yang pertama).

Tidak salah anda mendapatkan suplemen untuk diri anda sendiri (dan boleh juga disalurkan pada bayi anda melalui susu ibu). Pastikan suplemen anda adalah yang benar-benar natural dan bukan sintetik.
.
.
.
PERKARA YANG MENGGANGGU PENGHASILAN SUSU

🌼Elakkan diri menjadi sangat penat dan letih.
🌼Jangan terlalu stress - akan mengakibatkan susu berkurangan.
🌼Ambillah vitamin semasa anda sedang haid - haid boleh menyebabkan penghasilan susu berkurangan.
🌼Pastikan anda benar-benar mengosongkan payudara semasa mengepam.

Sumber: Mothers First Choice
-------------------------------------
.
.


Mommies mencari barangan penyusuan atau supplement kesihatan? Sila wasap untuk Madam bantu mommies ya🤗


Salam sayang dari Madame,
Azwani Aziz
019-4207668


Continue Reading

Tuesday, 2 October 2018

Promosi Shaklee bulan Oktober 2018 | Madame

Assalamualaikum korang,

Bagi yang ternanti-nanti promosi Shaklee bulan Oktober ni, memang best tau! Banyak sangat kelebihan promo bulan ni👍

💝 Promosi Vitamin C yang bagus untuk sistem imun dan kulit
💝 Promosi Restoring Eye Treatment Youth untuk elak garis halus, kedutan, mata 🐼 dan eye bag.
💝 Promosi set Youth skin care, FREE bag😍
💝 Promosi set Kesihatan Lelaki 👍👍👍




Promosi Shaklee bulan Oktober 2018
Beli 3 botol, DISKAUN 5%

Promosi Shaklee bulan Oktober 2018
Pembelian set Youth, FREE bag. Ada 3 pilihan set Youth skin care😍

Promosi Shaklee bulan Oktober 2018
Pembelian Restoring Eye Treatment, DISKAUN 20% untuk set Radiance yang terdiri dari Serum, night cream dan radiance c+e😍😍😍

Promosi Shaklee bulan Oktober 2018
Pembelian Real Men set, FREE paper bag
.
.
.
Untuk konsultasi, wasap madam ya👌

Salam sayang dari Madame,
Azwani Aziz
019-4207668

Continue Reading