Sunday, 28 October 2018

PETUA KEJAYAAN | Madame

πŸ‘‰ 10 PETUA KEJAYAAN. πŸ‘ˆ

Orang-orang berjaya ni sentiasa ada resepi rahsia mudah untuk mereka berjaya. Dan ini adalah 10 daripadanya. Mungkin jika anda amalkan. panggilan kejayaan lebih mudah untuk anda dengari!

Tips berjaya


Mari lihat 10 Rahsia Orang Berjaya di bawah.

1. BERGAUL DGN ORG-ORG BERJAYA

‘Circle of friends’ benar-benar memainkan peranan dalam menentukan sejauh mana anda boleh pergi. Pernah dengar kan, ‘Kalau nak berbau wangi, berkawanlah dengan penjual minyak wangi!’

2. LAKUKAN APA YG DICINTAI:

Siapa yang tak mahu lakukan apa saja untuk apa yag mereka cintai? Siapa? Semua orang pasti rela melakukan segala yang mungkin demi sesuatu yang dicintai. Jadi cari sesuatu yang anda cintai dan keep going for it! Kalau tak jumpa, cuba kenal, suka dan cinta apa yang anda sedang usahakan. Pasti berbaloi juga hasilnya.

3. KEKAL POSITIF:

Positif terletak pada minda dan diri sendiri. Pilih untuk gembira atau pilih untuk bersedih. Minda yang positif menarik perkara-perkara yang positif juga. Tak percaya? Cuba positifkan minda anda hari ini dan katakan anda akan berjaya menyelesaikan to-do-list anda menjelang jam 5 petang. Percaya, yakin, positif dan lakukan. InsyaAllah menjadi!

4. HENTI BERALASAN:

Alasan hanya untuk orang yang malas! Alasan = bermalas-malasan! Kejayaan tak suka pada orang yang malas. Jadi berhenti cari alasan sebaliknya usaha untuk menyelesaikan sesuatu tugasan dengan tepat dan cepat!

5. BERANI MENGAMBIL RISIKO:

Risiko sentiasa ada. Sama ada kecil atau besar, jika anda mahu berjaya, anda tetap perlu hadapinya. Risiko penolakan? Risiko kejatuhan? Redah dengan ilmu persediaan dan kumpulkan sebagai pengalaman. Tak cuba, tak tahu!

6. TERUS MELANGKAH KEHADAPAN:

Masa depan bermula dengan langkah hari ini. Kejayaan dan impian ada di hadapan. Jadi nak undur ke belakang atau teruskan berjalan? Ambil apa yang berlaku hari ini atau semalam sebagai pengajaran supaya tidak lagi melakukan kesalahan yang sama berulang kali.

7. PILIH RAKAN SEBAIKNYA:

Kelilingi persekitaran yg POSITIF.
Rakan yang BAIK membawa kita ke hadapan. Rakan yang kurang baik sentiasa menekan kita untuk terus ketinggalan. PILIH rakan anda yang sentiasa boleh membantu anda mencapai impian anda. JAUHkan diri dari rakan negatif dan menjatuhkan.

8. KUMPUL PENGALAMAN, BKN BERANGAN:

Berbelanja lebih untuk ilmu dan pengalaman adalah lebih berharga berbanding mengumpul barangan! Meskipun aset itu penting, tapi seimbangkan dengan ilmu dan pengalaman juga! Laburkan sebahagian wang untuk ilmu dan pengalaman supaya kita akhirnya boleh mengumpul lebih banyak barangan (aset)!

9. PEKA! BUKAN PEKAK:

Peka dengan keadaan dan perubahan sekeliling. Bukan pekakkan telinga! Pastikan anda tak ketinggalan untuk mana-mana peluang yang memungkinkan anda mencapai impian anda. Always look for opportunities!

10. JANGAN TAMAK:

tetapi berkongsilah. Orang tamak selalunya rugi! Berkongsi, bersedekah, memberi itu takkan mengurangkan harta atau ilmu yang anda ada. Sebaliknya membuka ruang lebih besar dan banyak untuk perkara yang baru! Yakin dan jangan lokek. InsyaAllah, anda akan temui lebih lagi bila anda tanamkan sikap memberi dan berkongsi ini.

Semoga berjaya!πŸ‘πŸ»
do the bestπŸ‘ŒπŸ»

Sumber : Motivasi Bisnes
.
.
.
Salam sayang dari Madame,
Azwani Aziz
019-4207668

0 comments :

Post a Comment