Wednesday, 6 February 2019

UMRAH PERCUMA TAJAAN SHAKLEE |Madame

LAGI UMRAH PERCUMA 2019

Esok, 7 Februari 2019 jemaah dari Team Shaklee akan berangkat ke Madinah dan Mekah untuk menunaikan umrah PERCUMA tajaan SHAKLEE.

Jom baca kisah Master Farihah berkenaan umrah ni yang setiap tahun beliau layak dapat sejak 2012 hingga kini.
.
.
.
Dah sampai hadiah kelengkapan umrah dari Shaklee beberapa minggu lepas.

Alhamdulillah. Banyak, cantik & eksklusif
Beg bagasi Barry Smith x 4
Telekung Siti Khadijah x 2
Pakaian Ihram x 2
Beg sandang, ada buku panduan, beg kasut x 4
Tumbler Rubbermaid x 4
Sistema Container x 4

Tiap-tiap tahun macam ni, trip Shaklee ni bukan saja tiket free, tapi semua free dan dapat lagi barang-barang keperluan
Untuk yang nak tahu macamana nak dapat umrah VIP percuma dengan Shaklee, saya ringkaskan di sini

Trip Umrah ni memang WAJIB dianjurkan oleh Shaklee setiap tahun. Ianya adalah tawaran PERCUMA kepada leaders Shaklee yang layak dengan kiraan mata pada jumlah tertentu sepanjang setahun berbisnes

Kiranya Umrah kami kali ini adalah reward daripada penat lelah berbisnes pada cycle yang lalu. Sebenarnya ini adalah umrah ke-4 untuk saya, dengan tajaan Shaklee

Trip percuma ini dihadiahkan dengan kiraan points seperti berikut :
🌟Jualan kumpulan
🌟Bilangan leaders yang berjaya kita hasilkan dalam Empayar kita
🌟Bilangan pendaftaran keahlian dengan belian tertentu

3 kriteria ini memegang points pada jumlah tertentu dan dikumpulkan selama 12 bulan. Di akhir cycle, akan ditentukan berapa points yang kita kumpul dan berapa tiket yang kita layak dengan points tersebut.
Trip ini sangat EKSKLUSIF. Ia hanya boleh dimiliki dengan jumlah points yang kita kumpul. TIDAK BOLEH di tambah wang tunai, jika tak cukup points atau nak tambah tiket.

Cukup ,dapat, tak cukup,  tak dapat.

Satu benda lagi yang best tentang trip Shaklee, bukan kita dan pasangan sahaja yang layak. Tiket ini juga melayakkan kita membawa bersama
❤Suami / Isteri
❤Anak-anak
❤Ayah
❤Mak
❤Ayah Mertua
❤Mak Mertua
❤Adik beradik kandung (untuk leaders yang belum berkahwin sahaja)

Shaklee adalah bisnes keluarga. Manfaat bisnes adalah untuk seisi keluarga, bukan untuk kita seorang atau kita dengan suami sahaja.

Best kan?

Dan TIADA HAD MAKSIMUM jumlah tiket. Bergantung kepada points yang kita kumpul. Boleh dapat 1 atau 2 atau 3 atau 4 atau 5 atau berapa sahaja tiket yang mampu kita claim

Tapi... yang Shaklee bagi bukanlah tiket sahaja. Belanja yang perlu kita keluarkan adalah membuat passport sahaja. Lain-lain Shaklee tanggung, daripada beg bagasi, kain ihram, telekung, tiket kapal terbang pergi balik, penginapan di hotel 5 -6 bintang, makan-minum dan kos-kos jika masuk ke tempat-tempat tertentu. Kita cuma bawa duit  shopping saja 😋

Tiket umrah ini adalah salah satu push factor saya fokus dengan Shaklee, pada awal dulu, sebab  saya nak sangat pergi umrah dan umrah yang Shaklee tawarkan bukan calang-calang pakej. Ianya pakej VIP
Rugilah kalau saya tak pulun.

Untuk anda yang memiliki impian seperti saya, Shaklee ada peluangnya. Ianya percuma tapi perlu dibayar dengan usaha dan keringat. Anda yang telah menjadi ahli Shaklee, usahalah untuk mendapatkannya.
Yang belum menjadi ahli ,Shaklee, ada peluangnya  untuk anda.

Jom Shaklee ! 😊

Kredit: Master Farihah

Umrah Shaklee percuma


Continue Reading

Saturday, 2 February 2019

Tragedi lemas | Madame

TRAGEDI 2 FEBRUARI 2019

Kenangan yang sangat tak dapat dilupakan. Tarikh ni sepatutnya jadi memori indah sebab madam, adik-beradik semua buat family gathering di sebuah homestay di Sedim.

Kebetulan adik bongsu di Johor dapat balik bercuti seminggu di Kedah. Jadi, kami plan berkumpul ramai-ramai, buat BBQ, sukaneka dan sambut birthday mak sekali. Kira sambut in advanve la kan..tarikh birthday mak yang sebenar 20 Februari.

Kami bergerak dari Jitra ke Sedim pada 10.30pagi. Yang paling awal sampai di homestay ialah Pakcik Yeh dan anak menakan, Aiman.

Kemudian, kami pulak sampai dalam pukul 1.30 petang. Masa sampai tu, bertembung dengan Chik dan Aiman nak keluar ke Tree Top Walk Sedim. Then, kami continue ja ke homestay.

Homestay ni best. Ada private pool, ada tempat BBQ, laman dia lapang. Sesuai sangat la kami ramai nak buat aktiviti. Anak-anak pun seronok sebab ada kolam.hehe

Anak-anak dah super excited tengok kolam. Terus depa nak mandi. Aisyah (8tahun), Addin (5tahun) dan Alia (3tahun). Madam masuk rumah nak tidurkan Ahmad (7bulan). Ayah depa lak sakit perut, terus ke tandas.

Baru duk tangguk ndoi, dengaq Aisyah panggil, kata Addin lemas. Madam jenguk kot tingkap bilik, nampak Addin terkapai-kapai tengah kolam. Kalut ibu, terus tinggalkan Ahmad dalam ndoi waktu tu, terus keluar selamat kan Addin.

Memang berdebaq gila. Tak sangka benda macam ni boleh jadi. Terus Madam terjun masuk dalam kolam tu, rupanya belah tengah ke hujung kolam tu ada slope down..jd kedalaman kolam takat dada orang dewasa.

Mungkin sebab tu Addin tergelincir dan mula tenggelam.huhu..

Madam rasa bersyukur sangat. Allah dan malaikat lindung anak-anak ibu. Lepas tarik Addin ke tepi, terus dia muntah2.

Tak lama lepas tu, baru Ayah depa mai dari tandas. Madam ceritakan semuanya dekat ayah depa.huhu..

Mujurlah Addin Selamat.
Mujurlah ibu sempat tarik Addin keluar.
Mujurlah

Syukur sangat-sangat!

Tak dapat bayang, kalau percutian ni bertukar menjadi tragedi


Shaklee jitra
Beberapa minit SEBELUM tragedi

Shaklee jitra
Beberapa minit SELEPAS kejadian

Beringat sebelum kena,
Salam sayang dari MADAMe,
Azwani Aziz
019-4207668

Continue Reading